
Malas nak cerita bab As-sibuki Fid Dunya...i busy la bla bla bla... itu dah jadi alasan lapok dek zaman, entry yang lepas pun cakap camtu jugak... takpelah, cuma kali ini nak celoteh sikit pasal Imam Muda Qaryah (IMQ) nih.. terlupa nak ceghita kat you you all semua yang aku ni juga salah seorang peserta/pelajar IMQ hehe... dah 5 bulan kot program ini berlalu (dah nak abes dah pun bulan depan), cuma program IMQ ni tak sa-glamor Imam Muda Astro sebab tak masuk atau keluar tv, sebab ramai kot..tak muat!! Then, kalau nak tau latar belakang dan info terkini program IMQ, lawati laman Facebook IMQ dan jangan lupa, berilah sokongan kepada kami yer..!!
Semalam juga telah berlangsung-nya kelas yang ke-7 (kalau tak silap) sebab dah 2 minggu takde kelas, diganti pula dengan program Simposium Manhaj Dakwah Bandar di Dewan Muktamar Pusat Islam, JAWI pada 2 minggu lepas (depa kata muka aku keluar kat tv, sebab hari tu tv3 datang wat liputan..betui ka??). Kemudian kelas minggu lepas pula dibatalkan.. syoknya hehe!!
Sempat berbual/berbincang seketika dgn Habib dlm bahasa arab..(walaupun arabku berbaur ammiy.. al-masri la katakan!!)
Maka, program pada minggu ini akan diadakan berturut-turut (Sabtu dan Ahad) iaitu program riadah memanah di MSN AU2 keramat pada hari sabtu dan program latihan penyembelihan pada hari ahad di pusat zon 2, Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati.
Nak ceghita satu persatu mmg tak larat la.. upload gambar pun sket2 jadi la... apapun, teruskan menyokong kami IMQ untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat...!!
Thanks you!!















Salam Ameer,
Cabaran #1 Ipad MySuperkids dah bermula.. kita satu kumpulan.. Kumpulan C... due date utk cabaran #1 dah dekat 8 July 2011...
gudluck utk entry bertema kelahiran...
boleh..tunggu sat!!