• akuameer
  • akuameer
  • akuameer

Tagline: ,

" Tahniah kepada rakyat yang menyokong himpunan BERSIH 2.0, anda memang tak nak dengar cakap Najib..." (petikan daripada laman Facebook)

Untuk kedua kalinya gelombang KUNING ini bangkit semula dan bersuara... yang dahulunya fenomena ini pernah berlaku tanggal 10 November 2007 yang diadakan di dataran merdeka.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan adil (BERS✔H 2.0) adalah sebuah badan NGO (bukan parti politik) yang diberi mandat / tanggungjawab untuk mengusulkan rayuan dan tuntutan rakyat (8 perkara yang termaktub di dalam memorandum BERS✔H 2.0) kepada Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengenai penambahbaikan sistem dan proses pilihanraya di Malaysia.

(Mungkin) saya tidak perlu mengulas dengan lebih lanjut tentang latarbelakang gabungan ini, kerana rata-ratanya rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang perkara tersebut. Tetapi apa yang hendak dinukilkan di sini adalah ketidakadilan pihak pemerintah dan pihak berkuasa (Polis & FRU) dalam memberi kerjasama kepada rakyat dan gabungan ini untuk bersuara !!

9 Julai 2011 menjadi tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia khasnya peserta-peserta himpunan BERS✔H 2.0 yang datang dari seluruh pelosok negara. Mereka datang untuk berhimpun secara aman, bukan untuk berperang, bukan untuk menggulingkan kerajaan, bukan juga untuk menghuru-harakan keadaan di ibu kota, hanya berhimpun seramai yang mungkin dan menyuarakan hasrat serta tuntutan sebuah pilihan raya bersih, bebas dan adil kerana apa yang telah berlaku selama ini adalah sebaliknya.

Tetapi, apabila hasrat murni ini telah dinafikan oleh pihak berkuasa yang bernaung di bawah kerajaan Barisan Nasional. Bermacam halangan dan sekatan diadakan bagi menyekat rakyat berhimpun secara aman. Mereka (termasuk saya sendiri) yang datang tanpa senjata itu di"buli" dengan pelbagai kekejaman dan kezaliman pihak berkuasa (Polis & FRU) sehingga menyebabkan berlakunya kematian.


BUKTI KEKEJAMAN




Ini amat menyedihkan dan mendukacitakan rakyat. Mengapa harus sebegini kejam? adakah ini adil untuk rakyat? adakah polis berkhidmat untuk rakyat atau berkhidmat untuk kerajaan? Kami hanya berhimpun secara aman.. bukan berperang!!





















Tetapi, inilah sebaliknya yang berlaku. Lihatlah...dan banyak lagi bukti-bukti kekejaman pihak polis dalam menyekat dan menghalang himpunan ini. Anda boleh lihat sendiri apa yang berlaku ini yang dipaparkan di internet (sahaja) dan media cetak / elektronik yang ikhlas menyampaikan maklumat sebenar.

HUKUM

Jika dilihat dari sudut ilmiah (boleh rujuk artikel di sini) tentang hukum berhimpun beramai-ramai adalah HARUS, malah agama islam juga menggalakkan kepada umatnya agar sentiasa berhimpun (berjama'ah) di dalam melaksanakan suatu tugas atau tanggungjawab kerana dengan ini akan menampakkan kehebatan dan keizzahan agama Islam itu sendiri. Contohnya, seperti berhimpun beramai-ramai untuk menunaikan solat 5 waktu berjama'ah (harian), solat jumaat (mingguan) dan solat 'idul fitri dan 'idul adha (tahunan). Ini pandangan yang dipetik daripada kuliah dhuha Al-Fadhil Ustaz Afnan (salah seorang guru penulis).

UNDANG-UNDANG

Dari sudut perlembagaan pula, ianya termaktub di dalam perkara 10 iaitu:

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) Semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Maka dengan ini, jelaslah bahawa apa yang dilakukan oleh gabungan BERS✔H 2.0 ini adalah diperakui oleh undang-undang dan hukum syara'. Malah, ianya juga telah diperkenan oleh YDP Agong ketika gabungan ini datang mengadap baginda pada 5 Julai 2011 lepas dan baginda agong berbesar hati perkenankan gabungan ini mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

JIWA KENTAL

Apapun, tahniah kepada peserta BERS✔H 2.0 yang berani datang berhimpun walaupun diancam, disekat, dihalang, ditangkap dan sebagainya. Apa yang penting, berpihaklah kepada perkara yang BENAR dan jangan mendustai kebenaran. Beranilah berkata yang benar kerana suati hari nanti, kebatilan akan hancur jua..



TAKBIRRR..Allahu Akbar!! Sekian...

" Artikel ini ditulis bukan berniat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, tetapi ingin menunjukkan kepada para pembaca sekalian - realiti yang berlaku pada 9 Julai 2011 melalu rakaman kamera menulis sendiri dan sumber-sumber dari internet yang dipercayai. Kerana apa yang dinyatakan atau dipaparkan oleh pihak media TV dan sebagainya adalah provokasi semata-mata. "

Allah bersama hamba-hambanya yang benar...!!

Comments (2)

benci tengok polis-polis yg jadi anjing be end tu. Kita datang nak berhimpun dgn aman, tak payahlah nak menjerit-jerit kat org mcm nak keluar anak tekak. Gaji korang tu pun kita orang pakatan rakyat ni jugak yang bayar cukai. Jangan nak menyombong. Sedar diri sikit.

ehm...tgk video KTM to Pasar Seni.. lagi sakit hati.. muslimat di jerkah dek polis yg tidak berakhlaq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak cipta © a k u a m e e r (2008 – 2011)


Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di
akuameer.blogspot.com dihasilkan untuk tujuan informasi, bahan bacaan ilmiah dan ceritera hidup Akhi Ameer semata mata. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun tagline atau alamat akuameer.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.


Manakala untuk penerbitan semula isi kandungan daripada blog ini atau sebahagian daripadanya, pengeluaran sama ada dengan cara bertulis, cetakan media, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya adalah DILARANG sama sekali kecuali dengan izin
akuameer.blogspot.com terlebih dahulu.



::
Hidup Bermaruah atau Mati Shahid - عيش عزيزاً أو مت شهيداً ::

Akhi Ameer @
akuameer.blogspot.com
Setapak, Kuala Lumpur.