
Mengikut laporan dan perkembangan di Facebook, kehadiran pemuda PAS hampir mencecah 3,000-4,000 orang...(updated by saturday) tapi rasanya bilangan pemuda PAS yang hadir pada hari terakhir (semalam) mungkin mencecah 5,000 orang.
Seronok jugak dengar golongan pemuda sekarang nih semakin bersemangat dan komited dengan perjuangan Islam.
Dan aku....hehehe (malu)...sedap je dok wat laporan kat sini, macam wartawan harakah la plak...tapi pegi pun tak.... terasa amat RUGI sebab tak pergi... biasalah...bermacam helah dan alasan yang mampu kita berikan...tapi bila tiada kesungguhan dan keazaman yang tinggi, macamana nak bangkit memperjuangkan islam....haii...banyak dot dot dot-nya....
Program Ijtima' Tarbawi ini berlangsung dengan jayanya... ada juga rakan-rakanku yang hadir dan ada juga yang bertugas di sana. Aku kagum dengan semagat mereka yang mahu Islam terus menerus diperjuangkan khususnya di negara ini.
Taknak komen atau ulas banyak2 kat sini...terasa malu pula bila tidak melibatkan diri dalam program tersebut. Hanya nak nyatakan sokongan dan semangat terhadap pemuda-pemuda sebagai generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.
Untuk perkembangan dan laporan selanjutnya, sila klik di bawah ini:
1. Ijtima' Tarbawi 2011
2. Laman Rasmi Tarbawi
3. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)
Sekian, Takbir...Allahu Akbar!!!










Comments (0)
Post a Comment