Malam tadi (semalam) lebih kurang jam 1 pagi, aku terjaga dari tidur yang lena.. rasa agak resah dan gelisah, mungkin disebabkan cuaca yang hangat atau suam-suam kuku pada malam itu, membuatkan aku terjaga dan tidak boleh meneruskan ibadat yang paling ikhlas ini..

Tetapi pada ketika itu (selepas terjaga dari tidur), tidak terlintas langsung di hatiku untuk mengucapkan "Subhanallah" kerana ada sebuah hadith riwayat Al-Bukhari dan At-tirmidzi meriwayatkan, suatu ketika Rasulullah S.A.W terkejut/terjaga dari tidur, baginda mengucapkan kalimah "Subhanallah" ...(sambungan hadith pada artikel akan datang).

Mungkin sebab aku tengah mamai baru bangun tidur, so..tak ingat nak melafazkannya... Lantaran itu, kubangun dari tidurku sambil tangan kanan mencapai handset dan remote tv.. (pergh..ayat skema!) sempat la tengok ulangtayang match Arsenal vs Bacra..yg kena titik 2-1 kelmarin.. sambil dok mengadap facebook via my lappy yang sentiasa berjaga malam..tetiba, ada la seorang usahawan muda L tu menyapa aku..dia suruh aku tidur sebab dah malam... aku cakap yg aku baru je bangun...

Ringkas punya cerita, aku tinggalkan my lappy kejap..bersiap untuk ber-Qiamullail, and then gi masak nasi, masak lauk ayam masak lemak untuk bawa bekal esok paginya (hari ini).. oleh kerana My Aleeya kurang sihat..tugas di dapur pula akan diambil alih oleh aku sendiri...

Tengah dok layan memasak..teringat kisah khasiat Buah Delima yang diceritakan oleh seorang sahabat baikku di pejabat.. so, aku pegi la bukak peti ais..alangkah terkejutnya aku, ada sebelah suku buah delima dalam peti ais tuh.. yang terlintas di hati dan berkata: mungkin ini buah delima dari Syurga kot..

Then, tak cakap banyak..terus amik makan..tapi yang suku je..yg sebelah tu aku tak usik..sebab nak simpan untuk esok (hari ini).. ehm..terkejut jugak..macam tau2 je aku teringin nak makan buah delima.. Allah kan maha mengetahui niat isi hati manusia...

sebelum tidur..aku sembang jap dengan usahawan muda L tadi tu..aku cakap:

Akhi Ameer : aku nak masuk syurga sekarang..
Usahawan Muda L : hahaha..faham2..
Akhi Ameer : ko xleh ikut..hehe
Usahawan Muda L: ok xpe, aku masuk pintu lain..
Akhi Ameer : ?????

boleh ke camtu ???