Gempa bumi & Tsunami di Jepun (11 Mac 2011)
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.
Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters
Psst: itu pasal ler internet tadi susah nak access..slow jer.. beberapa laman sosial pun takleh masuk gak... tadi elok-elok je dok layan Facebook, skang dah xleh masuk langsung.. puas aku refresh, ingatkan modem aku sembab, try le restart modem and my lappy...sama aje.. mujurlah blog ni masih bleh masuk... gi surf Twitter pun tak dapat jugak, hadoih..!!
Takziah kepada warga Malaysia di Jepun..semoga Allah memelihara kalian!!
Sumber: Reuters
4 Comments
nmpk sgt xbace paper..huhuu...
ramai org Malaysia terkorban x?
semua pelajar Malaysia disahkan selamat..kedutaan di sana berlaku kerosakan kecil..
kawasan paling teruk kat Miyagi dan kawasan peraian...
copy entry dr Reuters leh?