Ketika awal permulaan hijrah, Nabi SAW menyuruh para sahabat menumpang berniaga di pasar yahudi. Oleh kerana sistem perniagaan yahudi penuh dengan penipuan dan penindasan, maka baginda wujudkan satu komuniti muslim dalam pasar tersebut.

Tapi bilamana pasar komuniti muslim lebih mendapat sambutan berbanding pasar yahudi, mereka sangat sakit hati dan akhirnya mereka robohkan pasar komuniti muslim.

Lantaran itu, baginda Nabi SAW membuka sebuah pasar yang lain, diletakkan betul2 depan pintu masuk Kota Madinah. Pasar itu dinamakan sebagai Suq Al-Manakhah سوق المناخة (kini tapak pasar masih ada di sebelah kanan Masjid Nabawi).

Jarak di antara pasar atau Suq Al-Manakhah dengan pintu masuk Masjid Nabawi sangat dekat. Jadi, bila masuk waktu solat, mudahlah bagi peniaga2 untuk mendirikan solat di masjid.

Kemudian, apabila pedagang2 yang datang dari Syam, Yaman dan sebagainya masuk ke Madinah, mereka terus meletakkan barang dagangan mereka di pasar ini, dan tidak perlu lagi masuk jauh ke dalam mencari pasar yahudi.

Apabila kaum muslimin selesai mendirikan solat, mereka keluar dari masjid, mereka akan melalui pasar Suq Al-Manakhah dan singgah untuk membeli belah.

Begitu hebat strategi Nabi SAW berniaga dan membuka pasar. Maka akhirnya sedikit demi sedikit kaum muslimin berjaya menguasai ekonomi di Bandar Madinah.


Petikan Tazkirah Jumaat
by Ustaz Mohd Amirul (UMAM)
03 Syaaban 1444H

0 Comments