Hampir dua (2) minggu saya tidak update entry baru di sini. Biasalah...sebuk dengan tugasan harian, kadang-kadang tu bila balik petang aje terus terrrrtidur... walaupun kita tidak digalakkan tidur lepas asar / waktu petang... tapi, penat punya pasal...kadang2 terpaksa layan juga ngantuk tuh...

Ehm... pagi tadi saya sempat mendengar kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Al-Maniri, tergerak hati pula nak kongsikan beberapa potong hadith yang disampaikan oleh beliau di dalam kuliah tersebut.

Jom, kita ambil manfaat bersama...moga hidup kita bahagia dunia dan akhirat!!


Hadith (1): Kenali Ahli Syurga & Ahli Neraka...

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Wahai manusia, sesungguhnya kamu hampir-hampir mengenali siapa ahli Syurga dan
siapa ahli Neraka. Lalu seorang sahabat bertanya, bagaimana Ya Rasulullah?
Baginda S.A.W menjawab: Mereka itu dikenali melalui celaan / kata-kata buruk yang dilemparkan kepadanya atau pujian / kata-kata yang baik yang ditujukan ke atasnya.

Baginda menyambung lagi: Dan kamu adalah saksi-saksi Allah S.W.T (yang menyaksikan
segala perbuatan manusia) ke atas sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. "

(Hadith riwayat: Imam Ahmad dan Ibnu Majah)


Hadith (2): Makan, Minum Pakai ikut suka...

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Akan ada dikalangan umatku, mereka makan pelbagai macam makanan, minum pelbagai macam minuman, (tanpa menghiraukan halal dan haram) mereka pakai pelbagai macam pakaian (tidak hirau soal aurat) dan mereka banyak bercakap (mengumpat).
Maka, mereka ini seburuk-buruk umatku. " (Hadith riwayat: At-Tobarani dan Ibnu Nua'im)


Hadith (3): 4 golongan manusia...

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Sesungguhnya manusia itu terbahagi kepada 4 golongan:

1. Golongan yang diberi kelapangan (kesenangan) hidup di dunia dan kelapangan di akhirat.
2. Golongan yang diberi kelapangan hidup di dunia dan kesempitan di akhirat.
3. Golongan yang diberi kesempitan hidup di dunia dan kelapangan di akhirat.
4. Golongan yang diberi kesempitan hidup di dunia dan kesempitan di akhirat. "

Maka pilihlah untuk menjadi golongan yang pertama dan ketiga...

(Hadith riwayat: Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)


Hadith (4): Syaitan menjadi kurus...

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Sesungguhnya orang beriman itu dapat menjadikan syaitan-syaitannya kurus
sepertimana salah seorang diantara kamu menjadikan untanya kurus di dalam musafir,
iaitu dengan beramal soleh. " (Hadith riwayat: Imam Ahmad)


Wallahu A'lam.. selamat beramal....

2 Comments

Unknown said…
sama2 la brharap kte dlm kelompok 1 dan 3 tu :D
akuameer said…
Amin ya rabb...berusahalah ke arah itu..