
Beliau atau nama sebenarnya Syeikh Usamah bin Muhammad bin 'Audh bin Ladin @ Abi 'Abdillah (nama gelarannya) yang berasal daripada Arab Saudi telah dibunuh dalam satu serangan khas yang dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Utara Pakistan awal pagi semalam.
Kesahihan berita kematian beliau diperjelaskan lagi dalam siri ucapan khas oleh presiden AS, Barack Obama malam tadi di White House.
Just nak kongsi sikit jer..
Teringat masa kecik2 dulu di Hayyu Sabie, Kaherah, Ustaz Khairi selalu bercerita tentang riwayat hidup Osama bin Laden kepada kami semua. Dan bila saya dapat tahu malam tadi tentang berita kematiannya, sedih la jugak... walaupun dunia mengutuk dan mengecam beliau sebagai pengganas, membunuh rakyat yang tak berdosa dan sebagainya. Apapun, sedekahkanlah segugus Al-Fatihah untuk beliau...!!
Pendapat saya, Ini adalah permainan Amerika, sejak dari dulu lagi..hingga kini dan ianya bakal berakhir... maksudnya, mereka sengaja mewujudkan watak Osama dalam dunia barat sebagai seorang muslim yang begitu kejam dan ganas.

Apa yang membingungkan saya, bukankah AS mempunyai kecanggihan teknologi yang boleh mengesan lokasi persembunyian Osama di mana-mana sahaja? kenapa dah 10 tahun mencari kini baru jumpa..?? Saddam Hussain pun mereka boleh kesan bersembunyi di bawah tanah...
Bukti permainan Amerika... "Osama dibunuh dan mayatnya dikebumikan di laut". sangat bijak...AS sangat bijak menyembunyikan identiti Osama, bukankah sepatutnya ia perlu ditangkap hidup2 seperti yang dilakukan terhadap Saddam Hussain atau jika terbunuh, jenazahnya disimpan dahulu untuk dibedah siasat dan sebagainya..
Tetapi...mengapa AS mengambil tindakan segera (selepas membunuhnya) disemadikannya di laut..mengapa tidak di darat ajer...??
Dan kononnya, jenazah beliau telah disempurnakan mengikut kaedah Islam..barulah ke laut !!
Hebat sungguh permainan politik dunia barat demi untuk menjatuhkan Islam dan semua yang berkaitan dengannya.

Tetapi...adakah dunia barat akan AMAN setelah kematian Osama, atau apakah AS sengaja mematikan watak ciptaannya kerana takut dengan bayang2 sendiri, kemudian mendakwa mereka telah berjaya membalas dendam??
Saya tidak pandai untuk menganalisis politik dunia..cuma apa yang dapat dilihat di depan mata, permainan mereka sudah TAMAT. bak kata Obama:
"Keadilan berjaya ditegakkan" betul ker? hehe...
teruskan mengikuti perkembangan
Sumber: http://english.aljazeera.net/










hum...bila lah kekejaman dunia ni nk habis....
bila??
bila kezaliman Amerika berjaya dijatuhkan..atau Amerika berjaya di-islam-kan...
bukan osama yg menjadi isu penting... itu bukan isu utama... isu utama ialah kesedaran umat untuk mendaulatkan Islam... =)
iye benar!!
tetapi ada juga di kalangan umat islam sendiri yg membencikannya..
andai osama tak wujud sekalipun, islam tetap perlu didaulatkan...