Program yang dinanti-nantikan...sempena Ihya' Ramadhan 1431H. Program ini telahpun bermula pada awal Ramadhan dan insyallah jika diizinkan program ini akan diteruskan selepas aidilfitri dan tiada penghujungnya...Amin..

Sedikit info berkenaan dengan program Tahsinul Quran (TQ) ini.

Program ini adalah program bacaan Al-Quran secara beramai ramai atau lebih dikenali sebagai Tadarus Al-Quran yang diadakan dimasjid-masjid dan surau-surau pada setiap malam bulan Ramadhan selepas solat sunat Tarawih. Tetapi terdapat kelainan sedikit yang ditampilkan di dalamnya iaitu, pembaikan pembacaan al-quran dan hukum tajwid serta penghayatan terjemahannya. inilah yang amat dititk beratkan dalam program ini.

Tiada sasaran atau sukatan bacaan yang diletakkan di dalamnya, hanya bergantung kepada para pembacanya untuk membaca seberapa banyak yang termampu, tetapi matlamat sebenar program ini adalah untuk memperbaiki atau memperelokkan bacaan Al-Quran terutama bacaan Surat Al-Fatihah dan Surah-Surah lazim seperti di dalam juzuk 30.

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T

0 Comments