New Year 2011 ...hari ini dan semalam
2011 ? ramai yang menanti detik ketibaannya (malam tadi) termasuklah aku..sempat round2 kat tengah bandar pasir gudang wif 5zal n the gangs kononnya nak tengok bunga api yang sebesar api mancis je tuh...itulah yang aku dapat tengok!! ehm..x best langsung! mungkin bunga api yang sebesar ketapi atau gajah ke ada kat tempat lain kot atau kt bandar JB..malas nak pegi..!! tetapi...
Ramai yang keluar ke pusat bandar (sambil menayangkan pusat masing-masing) untuk meraikan tahun baru 2011...yang couple bawak awek tu aku x heran la..belana...(banyak) dan ada yang bawak anak bini berderet, kecik2 lagi dah berembun malam2...semata-mata nak tengok bunga api sebesar api mancis tuh.. aku pun tak tau la...kenapa mesti setiap tahun baru harus disambut?? apakah kita dituntut untuk meraikannya? kalau dok rumah je x boleh ker...ermm...terpulanglah kepada persepsi masing-masing.. cuma bagi aku, samada sambut atau tidak, tiada faedahnya yang dapat diambil atau dikongsi bersama...
Hanya satu yang perlu diingat, bahawa usia dunia & kita telah meningkat, kubur hampir dekat, maut semakin rapat, masa semakin singkat, esok lusa ntah bila la nak kiamat, semuanya on the way ke akhirat, tetapi sudahkah kita bertaubat?? yer..masih sempat!!
Semalam...yang berlalu takkan kembali, hanya kenangan tersemat di hati... ohh..tidak!! sayangnya masa dan usiaku selama 276 bulan telah berlalu..moga masa silam itu tidak sia-sia.. moga segala amal kebajikan yang dilakukan diterima oleh-Nya..
Tahun baru, azam baru?? ohh..no! azam yang lama pun x disempurnakan lagi..bagaimana untuk aku melalui tahun baru ini?? salah silap pada tahun lepas pun belum diperbetulkan lagi..so, macamana nak create azam baru??
Semoga hari ini dan esok lebih baik dari semalam... tinggalkan kenangan silam yang kelam dan lebam itu...biarkan ia berlalu dan perbaiki niat serta azam lama yang belum sempurna itu agar ia tidak terus terpadam...
0 Comments