Di antara sifat-sifat Munafiq

Perkara: Ulasan ringkas kuliah maghrib
Disampaikan oleh: Ustaz Mohd Zain Al-Hafiz
Tempat: Surau Al-Aqsa, Taman Melati Kws. 8
Tarikh: 23 Januari 2011
Tajuk: Sifat-sifat orang munafiq
Di antara sifat2 orang munafiq yang disebutkan di dalam kuliah sebentar tadi adalah:
1. Membuka rahsia (keaiban) orang lain.
Iaitu menceritakan hal peribadi orang lain yang menjadi rahsia atau keaibannya kepada khalayak ramai. Maka mereka ini akan diancam dengan azab yang pedih seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dikalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat. dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya (yang demikiannya)". Surah An-Nur : 19.
Ada satu hal / keadaan yang dibenarkan untuk kita menceritakan rahsia orang lain semata mata untuk menjaga maslahah (kepentingan) umum. Contohnya: ketika dalam pembicaraan di Mahkamah, perlu menceritakan keburukan si pesalah atau si penjenayah kepada hakim.
2. Memanggil orang dengan gelaran yang buruk.
Iaitu memanggil sahabatnya dengan panggilan yang buruk dan tidak sesuai pada tempatnya. Contoh: Si Muhammad seorang yang gemuk, tetapi dipanggil ia dengan panggilan "Si Gemuk" dan Muhammad itu tidak menyukainya. Maka ini dikira perbuatan munafiq.
Atau kadang-kadang ada orang yang diberi namanya dengan nama dan makna yang buruk seperti: Suzana - iaitu nama patung berhala yang berada dikeliling ka'bah ketika di zaman Jahiliyyah (sebelum kedatangan Nabi S.A.W)
Atau nama Azura yang bermaksud: tahi kering, atau: Atan yang bermaksud tahi unta. Harus ditukar kepada nama yang baik-baik atau baik maknanya. Sepertimana Rasulullah S.A.W menukar nama seorang sahabat yang bernama Hazn bin Saad kepada Sahl bin Saad Radhiallahu 'Anhu. Hazn yang bermaksud: dukacita, kemudian ditukar kepada Sahl iaitu: senang.
Wallahu A'lam.

0 Comments