Orange Fruit ??

erm..terlintas langsung di benakku ini untuk menulis artikel ringkas tentang khasiat buah oren yang dikutip daripada majalah kesihatan...
Semua orang tau, buah oren mengandungi vitamin C tetapi tahukan anda bahawa:
1. Buah jambu batu mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding buah oren.
2. Berdasarkan kajian yang dilakukan kepada responden yang mengambil vitamin C sebagai rutin makanan tambahannya, didapati jarang terkena selsema dan jika diserang selsema, nyata proses penyembuhannya lebih cepat berbanding individu yang tidak mengambilnya.
3. Penelitian di Jepun mendapati, dengan mengambil vitamin C secara teratur setiap hari baik dari segi sumber semula jadi mahupun suplement dapat mengurangkan risiko gigi rongok khususnya sewaktu usia telah meningkat.
4. Kajian yang dilakukan kepada 85 ribu perempuan di Amerika Syarikat mendapati bahawa dengan mengambil vitamin C ia boleh membantu menurunkan risiko terkena serangan jantung.
5. Sewaktu memesan minuman, pilihlah limau ais atau ais oren berbanding air limau panas sekiranya kamu ingin memperoleh khasiat yang maksimum. Kandungan vitamin C pada sayur dan buah akan banyak berkurangan sekiranya melalui proses pemanasan atau penghancuran.
banyak lagi khasiat buah oren atau limau yang hendak disebutkan di sini. Apa pun bagi pengemar air jus buah-buahan, pilihlah buah yang mempunyai khasiatnya yang tinggi selain buah oren, jambu batu, delima, anggur dan banyak lagi...
0 Comments