Setelah beberapa hari bertungkus lumus dok tunggang terbalik angkat barang, ketang ketung sana sini wat wiring, mengemas, menyapu, mengemop..macamlah aku sorang yg buat semua tuh...hihi..


huh..akhirnya... sempurnalah hajatnya untuk menduduki ofis baru..walaupun bleh dikatakan 80% aje fasiliti yang dapat disediakan..


ada lagi la yang t'sangkut... beselah tuh..tapi bolehlah cuma belum ada tempat untuk "landing"...faham2 jelah...kena ada track yg smooth punya..

Inilah detik terakhir aku mencemar duli pada hari rabu lepas di reception sebelum berangkat di istana hinggapku yang baru... singgah sebentar untuk menerima watikah..eh..silap, terguna bahasa istana plak... actually just nak ambil doket courier..ada job urgent time nih..

Lambaian terakhir kepada rakyat jelata yang ditinggalkan.. takde apa lagi yang nak dititahkan di sini, insyallah pada jumaat depan, kami akan mengadakan majlis doa selamat ringkas sebagai pembukaan di ofis baru nih... rakyat jelata dijemput hadir..jemputan terhad, harap maklum..!!

heheheh...


0 Comments