Ramai para ulamak kita yang wafat pada malam Jumaat, antaranya:-

TG Dato' Nik Aziz - 12 Feb 2015
TG Datuk Dr. Haron Din - 16 Sept 2016
TG Dato' Ismail Kamus - 08 Mei 2020

Terdapat hadith Nabi SAW tentang kelebihan orang mukmin yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat:

مَن ماتَ يومَ الجُمعةِ أو ليلةَ الجمعةِ وُقِيَ فِتنةَ القبرِ
Maksudnya: "Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat, maka ia terhindar daripada fitnah kubur". (Riwayat At-Tirmidzi)

  

Terhindar dari fitnah kubur bermaksud Allah SWT memeliharanya daripada azab kubur dan soal kubur. Orang mukmin yang meninggal pada malam Jumaat juga merupakan tanda Husn Al-Khatimah (pengakhiran yang baik) yang Allah kurniakan kepada manusia.

Semoga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kepada kita mati yang baik dan terselamat dari fitnah kubur آمين

Aamin ya Rabbal 'Aalamin.

SALAM TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato' Ustaz Ismail Kamus.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, aamin.

0 Comments