Awal pagi ini, bersamaan dengan hari Jumaat - 15 Ramadan, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang pendakwah terkenal iaitu Al-Fadhil Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus pada jam 12.30 pagi (malam jumaat) di kediaman beliau di Ampang, Selangor. 



Sebelum itu, Al-Marhum telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur pada 26 April yang lalu akibat serangan jantung dan strok ringan serta jangkitan kuman di paru-paru.


Inilah gambar pertemuan terakhirku dengan al-marhum TG Ustaz Dato Ismail Kamus kira-kira 2 tahun lepas, kalau tak silap. Ketika ini, saya menyantuni Al-Fadhil Ustaz Zaim Hamzah (sebelah kiri saya) yang datang dari Kedah, semata-mata ingin menziarahi Al-Marhum yang pada masa itu sudahpun uzur.

Sedikit coretan pengalamanku

Dulu sejak dari kecil, kami memang rajin mengikuti ayah hadir ke kuliah mingguan Al-Marhum Tuan Guru di Gombak dan Kg. Baru. Zaman dulu, semua sesi kuliah mingguan akan dirakamkan menggunakan pita kaset. Jika tidak dapat berbuat demikian, maka ayah akan membeli kaset ceramah beliau yang terjual di tempat kuliah.

Saya sempat belajar beberapa ilmu bab jin dan perubatan islam, walaupun tidak secara formal seperti diadakan di Pusat Rawatan Darussalam yang diasaskan oleh beliau sendiri.


Kini, semua Tok Guru kami sudah tiada. Allah lebih menyayangi hamba-hamba-Nya yang soleh. Seluruh umat menangisi pemergian beliau yang sangat terhormat dan mulia, iaitu pada bulan Ramadan di malam Jumaat.


Al-Marhum Tuan Guru selamat disemadikan di tanah perkuburan AU4 Taman Keramat. Orang ramai turut hadir mengiringi perjalanan terakhir beliau.

Semoga Allah SWT merahmatinya dan ditempatkan di kalangan orang bertaqwa.


أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

0 Comments