Sayu rasanya bila melihat keadaan sebuah rumah usang di Kg. Tanjung Sari, Teluk Intan, Perak. Dilihat dari luar rumah seolah-olah ia telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

Rupa-rupanya, di dalamnya ada seorang ibu tunggal berusia 68 tahun yang terlantar sakit keseorangan, tidak terdaya bangun untuk menerima kunjungan kami.

Kami masuk ke dalam dan menyantuni ibu ini (tiada gambar di dalam rumah kerana auratnya). Kami turut menyampaikan sedikit sumbangan kepadanya. Semoga ibu ini terus tabah dan diberikan kesihatan.

Selanjutnya, kami meneruskan agihan Beras Fidyah & Sumbangan Barangan Dapur Asas kepada 10 Keluarga Asnaf & Ibu Tunggal yang berhampiran dalam kampung ini.

Semoga mereka ini dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

-----------------------
Berminat untuk membuat pengiraan & pembayaran Fidyah, atau menyumbang kepada Asnaf, hubungi kami:

Ustaz Amirul : 013-3578029
https://wa.me/message/TBK25YYEW4TRK1






0 Comments