Sebelum kita berusaha nak boikot sesuatu produk keluaran yahudi, cuba lakukan 7 perkara ini dulu:


1. Boikot perangai buruk yahudi yang selama ni kita pun amalkan secara sedar atau tidak dan beralihlah kepada akhlak Rasulullah SAW.

2. Boikot pakaian dan fesyen mereka yang mendedahkan aurat kita, isteri kita, anak perempuan, dan adik perempuan kita dan beralihlah kepada pakaian yang patuh syariah dan mengikut sunnah Nabi SAW.

3. Boikot program² hiburan mereka yang selama ini melalaikan kita, dan menyebabkan kita jauh daripada Allah SWT. Dan beralihlah kepada hiburan yang mendidik jiwa.

4. Boikot ideologi atau gaya pemikiran mereka yang merosakkan akidah kita, menjauhkan kita daripada fitrah dan cahaya islam.

5. Boikot sistem kewangan konvensional yang berunsurkan Riba' samada dalam bentuk simpanan, pelaburan atau perlindungan (insurans). Beralihlah kepada sistem kewangan patuh syariah seperti perbankan islam, takaful dan pelaburan yang shariah compliance.

6. Boikot gaya hidup yang tidak sihat, cara pemakanan yang tidak sihat. Terlalu banyak banyak bergantung kepada supplements tetapi malas bersenam. Beralihlah kepada gaya hidup yang sihat, makan yang sihat, dan rajin bersenam atau bersukan.

7. Boikot sifat-sifat negatif (Mazmumah) seperti malas, lalai, leka, sombong, suka bersangka buruk dll. yang selama ini kita amalkan. Beralihlah kepada sifat-sifat Mahmudah seperti rajin, sentiasa peka dan prihatin, bersangka baik, tawaduk dsb.

Setelah kita berjaya memboikot 7 perkara ini yang ada dalam diri kita, barulah kita mampu untuk memboikot apa2 sahaja yang menguntungkan dan menguatkan ekonomi mereka (yahudi), dalam erti kata lain. Inilah Boikot yang sebenarnya.

Boikot ini mesti berterusan dan ianya bersifat menyeluruh. Bukannya separuh benda kita Boikot, separuh lagi kita amalkan pula dalam kehidupan kita, itu boikot hot-hot chicken shit namanya😅

Sama-sama kita muhasabah diri. Kalau ada yang terkurang atau salah, boleh ditambah. Saya bercakap dan menulis artikel ini ditujukan untuk diri saya juga. Semoga kita mampu mengubahnya. Renung²kan dan selamat memboikot.

SHARE PADA RAKAN-RAKAN ANDA.

MOHD AMIRUL
6 Syawal 1442H

0 Comments