Fitnah tidak akan pernah tidur

Ya, fitnah di akhir zaman ini sesekali tidak akan pernah tidur. Kerana ia dicipta dan dibangunkan untuk menghancurkan dunia sehinggalah berlakunya hari kiamat.

Ditambah pula dengan musim penularan wabak #covid19 ini, dan sebahagian besarnya (di Malaysia) datang dari kalangan jemaah tabligh itu sendiri sepertimana yang telah maklum.

Semalam, jemaah tabligh di Malaysia sekali dikecam dengan pelbagai tohmahan, kerana kononnya bilamana mereka tidak dapat berhimpun mengadakan aktiviti dakwah di sri petaling, maka mereka lari dan buat perhimpunan di Pakatto, Makassar, Indonesia pula.

Kerana dikhabarkan ada sebahagian daripada mereka datang dari Malaysia yang menghadiri perhimpunan tersebut.

Tetapi, yang sebenarnya perhimpunan tersebut dianjurkan bukan dari pimpinan tabligh (asal) di Indonesia. Mereka adalah jemaah alami. Iaitu serpihan daripada tabligh yang telah keluar daripada jemaahnya.

Saya memetik sedikit penerangan dan ulasan daripada saudara @halim abdurrahman:
"Jemaah tabligh atas planet bumi sekarang sebenarnya terpecah kepada 2 kelompok:
1. Jemaah Tabligh pimpinan pusat Nizamuddin atau di bawah Amir Syura Maulana Saad.
2. Jemaah Tabligh pimpinan Syura Alami, pecahan daripada kumpulan Syura yang pernah sebumbung dengan Nizamuddin.

Beberapa tahun lepas, Jemaah Tabligh dunia mengalami krisis dalaman sampai menyebabkan jemaah ini terpecah kepada dua kelompok besar. Panjang kalau saya nak tulis di sini.

Saya ringkaskan, himpunan di Sri Petaling beberapa minggu lalu adalah markaz di bawah pimpinan syura amir Nizamuddin. Kini mereka tetap patuh dengan arahan setempat dari ulil amri berkenaan isu Covid-19. Malah dikhabarkan juga Nizamuddin dan beberapa markaz seluruh dunia di bawah mereka diarah untuk taat kepada ulil amri (kerajaan/pemerintah) setempat.

Yang di Makassar ini pula, bukan di bawah arahan markaz Nizamuddin. Serta pengikut Jemaah Syura Alami ini tidak sesekali akan taat kepada Syura Nizamuddin".

Bahkan, seluruh markaz tabligh di Malaysia telahpun diarahkan tutup oleh pimpinan Jemaah tabligh sendiri iaitu Maulana Mansor (ada video yang disiarkan di TV).

Media terus menghangatkan isu ini sehingga ianya menjadi fitnah kepada mana-mana kumpulan dakwah islam, terutama jemaah tabligh di Malaysia khususnya.

Inilah kisah Bumi Akhir Usia. Banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan dan kemampuan kita untuk menanganinya.

Apapun, kita berserah diri kepada Allah SWT atas apa yang telah berlaku.

Semoga dengan penerangan ringkas ini dapat membersihkan dan menjernihkan semula nama jemaah tabligh dan islam amnya.

Berusaha sama-sama perbaiki diri. Beri kerjasama dengan baik kepada pimpinan kerajaan untuk mencegah dan memulihkan negara Malaysia dari serangan wabak #covid19 ini.

Moga kita semua selamat di dunia dan akhirat.

*** Penafian: Penulisan saya ini bukan bertujuan untuk menuduh siapa betul dan siapa salah. Sekadar untuk memberi penjelasan mengenai himpunan yang diadakan di Indonesia.

Allahu Musta'an🤦🏻‍♂️😥

0 Comments