Ustaz Mohd Amirul bin Kamarudin  (Tulisan Arab: محمد أميرول بن قمرالدينialah seorang pendakwah bebas bertauliah di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), penasihat Syariah, aktivis kemanusiaan, dan pakar dalam bidang Fiqh Qurban & Aqiqah yang berasal dari Malaysia. Beliau terkenal dengan penglibatan aktif dalam industri Perkhidmatan Ibadah Qurban & Aqiqah, latihan Syariah, pengurusan ibadah Haji dan Umrah, kerja-kerja kemanusiaan antarabangsa, serta kemunculan di pelbagai platform media dan podcast bagi menyampaikan dakwah.

Latar Belakang

Beliau dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 18 Januari 1987 sebagai anak kedua daripada lima adik-beradik. Bapanya, Kamarudin bin Mohd Noor, merupakan bekas pegawai kerajaan di Jabatan Percetakan Negara (JPN), yang kini dikenali sebagai Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB). Ibunya ialah Siti Nila Kesuma binti Sidek sebagai suri rumah.

Pendidikan

Ustaz Amirul mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Klang Gates, Kuala Lumpur. Beliau kemudian melanjutkan pengajian al-Quran di Madrasah Tahfiz Babul Jannah, Jasin, Melaka (kini dikenali sebagai Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Falah, Jasin, Melaka).

Seterusnya, beliau mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk di Madrasah Tahfiz Al-Quran As-Sajidin, Batang Kali, Hulu Selangor. Selepas itu, beliau memulakan pendidikan agama di Maahad Al-Buuth Al-Azhar Mesir, sebelum melanjutkan pengajian Diploma Syariah di Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (MADIWA), Bagan Serai, Perak. Beliau kemudian meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir dalam bidang Syariah dan Undang-Undang.

Selain pendidikan formal, beliau turut menerima pendidikan agama dan ijazah sanad daripada ramai ulama terkenal, antaranya:

  • Fadhilatu As-Syeikh Prof. Dr. Ali Jumu'ah – Mantan Mufti Mesir
  • Fadhilatu As-Syeikh Prof. Dr. Usamah Sayyid al-Azhari – Menteri Agama Mesir
  • Fadhilatu As-Syeikh Prof. Dr. Yusri Rusydi Jabr al-Hasani al-Azhari – Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Fadhilatu As-Syeikh Prof. Dr. Hisham Kamil Hamid Musa As-Syafie Al-Azhari – Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Fadhilatu As-Syeikh Prof. Dr. Sayyid Syaltut Al-Azhari Al-Hasani – Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Fadhilatu As-Syeikh Prof. Dr. Mustafa Dib Al-Bugha Ad-Dimashqi As-Syafie – Syria
  • Fadhilatu As-Syeikh Zakaria bin Ahmad Al-Halabi Al-Makki – Mekah
  • Fadhilatu As-Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki – Indonesia
  • Fadhilatu As-Syeikh Dr. Lukman bin Haji Abdullah – Malaysia

dan ramai lagi guru besar dalam bidang hadis, fiqh, dan tasawuf.

Kerjaya

Kerjaya beliau bermula sebagai Eksekutif Syariah & Muamalat di ASNAF Group of Companies (2008–2012), di mana beliau mengendalikan penilaian zakat perniagaan, kewangan Islam, dan seminar zakat serta percukaian.

Pada tahun 2013, beliau terlibat secara aktif sebagai Aktivis Kemanusiaan Antarabangsa bersama EZ Group of Companies & Yayasan EZ Prihatin, menjelajah lebih 20 buah negara termasuk Kemboja, Vietnam, Indonesia, Bangladesh, Chad, dan Kenya bagi misi bantuan bencana, kebuluran, peperangan, dan kemiskinan.

Sejak 2015, beliau turut berkhidmat sebagai Mutawwif (Ketua Rombongan Umrah) di EZ Kembara Sdn Bhd, Saudagar Holidays Sdn Bhd (lebih dikenali sebagai The Mahabbah), Cestovanie Travel Asia dengan kepakaran dalam pengurusan perjalanan umrah & ziarah, sejarah Islam, dan ibadah haji.

Pada 2016, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Syariah di EZ Qurban Sdn Bhd, berperanan dalam nasihat syariah, audit pematuhan MS 1900:2014, serta menjadi penceramah jemputan di media berkaitan fiqh korban dan akikah.

Aktiviti Dakwah dan Media

Ustaz Amirul aktif menyampaikan kuliah, ceramah, dan tazkirah di masjid dan surau seluruh negara, dengan pelbagai topik merangkumi fiqh ibadah, muamalat, akhlak, dan isu semasa umat Islam.

Beliau turut sering dijemput ke pelbagai stesen televisyen dan radio termasuk:

  • Astro Oasis
  • TV Al-Hijrah
  • RTM TV1
  • TV3
  • TV Bernama
  • Radio IKIM.fm
  • Radio Klasik
  • Radio Best FM Johor

Selain itu, beliau juga aktif sebagai panel jemputan di pelbagai podcast YouTube yang membincangkan isu agama dan semasa, antaranya:

  • Garasi TV
  • Sembang Songkok Tinggi
  • Borak Kopi O
  • Tradisional Ip Man Wing Chun International (Indonesia)

Kemunculan beliau di media arus perdana dan platform digital menjadikan beliau tokoh yang dikenali kerana gaya penyampaian yang santai tetapi sarat dengan ilmu, mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

0 Comments