Antara tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadar sepertimana yang telah disebutkan oleh para Ulamak:


1. BULAN TERANG DAN BERSIH:

Daripada Ubadah bin Al-Somit R.A berkata: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut". (Umdah al-Qari 11/134)

2. LANGIT CERAH DAN MATAHARI TIDAK PANAS KEESOKKAN HARINYA:

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi Lailatul Qadar.” (Umdah al-Qari 11/134)

3. BERLAKU PADA MALAM GANJIL DALAM 10 AKHIR RAMADAN

Daripada Jabir bin Samurah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir iaitu pada malam yang ganjil”. (Riwayat Ahmad, no.Hadith 85)

Hidupkanlah 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadah. Semoga Allah SWT menemukan kita dengan Lailatul Qadar, diampunkan segala dosa dan ditunaikan segala hajat kita semua. Aaminn.

0 Comments