Ketika Abu Talib di ambang kematian, baginda Nabi SAW datang kepadanya seraya berkata: 

"Wahai Pakcikku, ucapkanlah kalimah لا إله إلا الله nescaya aku akan memberi penyaksian untuk membela Pakcik pada hari kiamat kelak" 

Lantas Abu Jahal mencelah: 

"Wahai Abu Talib, apakah kamu ingin meninggalkan agama Abdul Mutalib?" 

Abu Talib menjawab: 

"Kalaulah tidak kerana puak Quraisy akan memalukan aku dengan berkata bahawa Abu Talib mengucapkan kalimah itu kerana takut mati, nescaya aku akan menyebutnya demi untuk menyejukkan matamu wahai anak saudaraka" 

Lantaran itu, Allah SWT menurunkan ayat: 

إِنَّكَ لَا تَهْدِى مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يَشَآءُ

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya" (Surah Al-Qasas: 56) 

Ketika itu semua pembesar² Quraisy seperti Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Abu Sufyan dan termasuklah Abu Jahal sudah berada disisi Abu Talib yang sedang nazak. 

Mereka terus mendesak Abu Talib supaya kekal di atas agama nenek moyangnya, sehinggalah diakhir kalam beliau, perkataan yang diucapkan oleh Abu Talib: "Aku akan kekal di atas agama Abdul Mutalib"

Gambar jemaah kami di depan kawasan rumah Abu Talib (bangunan kuning).
Disitu jugalah rumah kelahiran baginda Nabi SAW اللهم صل على سيدنا محمد 

0 Comments