Dalam perjalanan malam itu (Israk), ketika baginda Nabi SAW singgah di Masjidil Aqsa, baginda masuk ke masjid dan menunaikan solat sunat 2 rakaat.

Seusai solat, baginda keluar dari masjid lalu Jibril datang membawa segelas susu dan segelas arak. Dan baginda memilih susu. Kemudian Jibril berkata: 'Alhamdulillah, engkau telah memilih fitrah'. Seandainya kamu memilih arak, nescaya binasalah umatmu.

Fitrah membawa maksud kepada Islam. Dan Nabi SAW memilih susu itu simbolik kepada kecenderungan baginda ke arah jalan kebenaran. Manakala arak pula adalah jalan kebinasaan.

Walhal pada ketika itu, perbuatan meminum arak belum lagi diharamkan. Namun ia sudah menjadi minuman kebiasaan bagi masyarakat arab pada ketika itu, tetapi Nabi tidak pernah meminumnya.

Lantaran itu, maka benarlah bahawa arak kini menjadi simbol kebinasaan dan kejahatan. Bahkan ia adalah ibu segala maksiat.

Arak bukan sahaja menghilangkan kewarasan akal, tetapi ia boleh meragut nyawa manusia yang tidak bersalah. Berapa ramai yang telah mati atas jalanraya disebabkan pemandu mabuk.


27 REJAB 1444H 

0 Comments