Terdapat beberapa dalil hadith Dhoief berkenaan dengan hukum memetik gitar atau bermain gitar yang disebut secara umum dan tidak disebut secara khusus.

1. Hadis Yang Matannya Jelas Tetapi Sanadnya Dhoief


Diriwayatkan oleh Abu Umamah bahawa Rasulullah SAW bersabda “celakalah sekelompok umatku yang makan minum dengan kesia-siaan dan permainan. Kemudian mereka menjadi kera dan babi dan dikirimkan angin yang merobohkan mereka, sebagaimana meluluhlantakkan orang sebelum kalian, (iaitu) yang menghalalkan khamar dan memukul gendang serta menggunakan para penyanyi” (Hadis riwayat Ahmad, Musnad Ahmad bin Hanbal hadis no 22231)

Hadis ini adalah dhoief, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Farqad An Nasbakhi. Imam Ahmad berkata “ia tidak kuat”. Imam Tirmizi berkata “Yahya bin Asa’id melemahkannya “. Syeikh Ahmad Syakir telah menyatakan dalam kitab Takhrij Musnad Ahmad bahwa Farqad An Nasbakhi adalah dhoief. Hadis ini telah dinyatakan dhoief oleh Syaikh Syuaib Al-Arnauth dalam Takhrijnya terhadap Musnad Ahmad hadis no 22231. Beliau melemahkan ketiga sanad hadis ini. Sanad pertama karena kelemahan Sattar bin Hatim dan lemahnya Farqad An-Nasbakhi, sanad kedua karena lemahnya Farqad An-Nasbakhi dan hadisnya mursal, sanad ketiga kerana lemahnya Farqad dan hadisnya Mu’dhal.

Diriwayatkan dari Abu Umamah, dari Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda : “Sesungguhnya Allah mengutusku sebagai rahmat dan petunjuk bagi seluruh alam, dan memerintahku untuk membinasakan seruling, genderang, alat-alat muzik petik dan patung-patung (berhala) yang disembah di masa jahiliyah.”(hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad hadis no 2221)

Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah engkau jual qainah(para penyanyi), jangan membelinya dan jangan mengajarinya. Tiada kebaikannya dalam memperdagangkannya dan harganya itu haram. Berhubungan dengan hal ini maka turunlah ayat : “Di antara manusia ada orang yang membeli lahwul hadits untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah.” (Luqman : 6). (diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi dalam Sunan Tirmizi bab Tafsir no 3193).

Kedua hadis di atas adalah dhoief. Hadis Abu Umamah dalam Musnad Ahmad no 22218 telah dinyatakan dhoief jiddan(sangat lemah) oleh Syaikh Syuaib Al-Arnauth dalam Takhrij Musnad Ahmad karena dalam sanadnya terdapat Faraj bin Fadhalah dan Ali bin Yazid, keduanya dhoief. Hadis Sunan Tirmidzi juga dhoief kerana dalam sanadnya ada Ali bin Yazid

• Dalam Tahzib Al Kamal no 3663, Ali bin Yazid Abu Abdil Malik Al-Hany Ad Dimasyqy telah dinyatakan dhaif oleh Ibnu Main, Ali bin Madini, Al Ajli, Ibnu Hibban, Abu Mashar, Yaqub bin Sufyan. Bahkan Duruquthni berkata“Ia itu matruk(ditinggalkan hadisnya)”.

• Imam Al-Bukhari dalam kitabnya Adh-Dhu’afaa As Shaghiir No. 25 berkata : “Ali bin Yazid adalah rawi munkarul hadits“.

• Dalam Al Jarh Wat Ta’dil Ibnu Abi Hatim jilid 6 hal 208, Abu Zur’ah berkata “Ali bin Yazid itu tidak kuat”.

• Dalam Adh Dhua’ nothing Wal Matrukiin No. 455 An Nasa’i berkata “Ali bin Yazid meriwayatkan dari Qasim bin Abdur Rahman, ia matrukul hadits“.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib ra bahwa Rasulullah SAW bersabda “Jika umatku melakukan lima belas perangai maka akan datang bencana , di antaranya meminum khamar, berpakaian sutera, menggunakan penyanyi dan alat musik”(Hadis Sunan Tirmizi Bab Fitan no 2211).

Hadis ini adalah hadis yang dhoief kerana dalam sanadnya terdapat Faraj bin Fadhalah dan telah dinyatakan oleh Syaikh Syuaib bahwa dia perawi yang lemah. Imam Tirmizi tentang hadis ini beliau berkata “Hadis ini gharib, tidak kami ketahui dari Ali kecuali sanad ini dan kami tidak tahu yang meriwayatkan dari Yahya bin Said Al Anshari kecuali Faraj bin Fadhalah, sebagaimana yang dikatakan ahli hadis, ia dhaif dari sisi hafalannya, demikian pula menurut Imam Waqi’ dan ulama lainnya.” (Sunan Tirmidzi bab Fitan no 2211).

Diriwayatkan hadis “Sesungguhnya lagu boleh menumbuhkan kemunafikan dalam hati”( Sunan Abu Daud no 4927, Sunan Baihaqi jilid 10 hal 223).

Perkataan ini seringkali dijadikan sandaran padahal pernyataan ini tidak bersumber dari Rasulullah SAW, Ibnu Hazm dalam Al Muhalla telah mendhoiefkan hadis ini kerana dalam sanadnya terdapat perawi majhul atau tidak dikenali (diriwayatkan dari seorang syeikh dari Ibnu Mas’ud, siapa syeikh ini tidak disebutkan). Dalam Sunan Baihaqi hadis ini adalah hadis mauquf atau hanya merupakan kata-kata Abdullah bin Mas’ud ra dan bukan sabda Rasulullah SAW. Ibnu Thahir justeru itu berpendapat bahawa ini adalah perkataan Ibrahim An Nakha’i. Yang jelas hadis ini tidak bersumber dari Rasulullah SAW jadi tidak boleh dijadikan hujjah.

2. Hadis Yang Sanadnya Soheh Tetapi Matannya Tidak Jelas Mengharamkan Muzik

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah mengharamkan khamar, judi, Al Kubah dan Al Ghubaira. Setiap yang memabukkan adalah haram.(Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud no 3685 dan Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadaku yaitu mengharamkan khamar, judi dan Al Kubah. Setiap yang memabukkan adalah haram.(Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad no 2476)

Hadis pertama telah dikritik Asy-Syaukani dalam Nailul Authar, dia berkata “Al Hafiz Az-zahabi tidak berkomentar tentang hadis ini, dan dalam sanadnya terdapat Walid bin Abduh. Abu Hatim dan Ar-Razi berkata bahwa Walid majhul atau tidak diketahui identititinya. Al Mundziri berkata bahawa hadis ini mangandungi ‘illat (kecacatan).”

Hadis kedua riwayat Ibnu Abbas telah dinyatakan soheh oleh Syaikh Ahmad Syakir dalam Takhrij Musnad Ahmad hadis no 2476. Hadis riwayat Ibnu Abbas ini juga dinyatakan soheh oleh Syaikh Syuaib Al-Arnauth dalam Takhrijnya terhadap Musnad Ahmad hadis no 2476. Walaupun begitu kedua hadis ini matannya tidak jelas mengharamkan muzik. Mereka yang mengharamkan musik dengan dalil hadis ini selalu mengertikan Al-Kubah dengan alat musik percussion atau tabuh dan Al-Ghubaira dengan alat muzik petik.

Tetapi sebenarnya terjadi perbezaaan di kalangan ulama dalam penafsiran kata Al-Kubah dan Al-Ghubaira. Ali bin Budzaimah mengatakan bahawa Al-Kubah diertikan sebagai tambur, sedangkan dalam kitab Gharib Al Hadis Ibnu Arabi, Al Khatib dan Abu Ubaid mengatakan Al-Kubah adalah permainan dadu. Perbezaan pendapat juga terjadi di kalangan ulama dalam menafsirkan Al-Ghubaira, sebahagian ada yang mengatakan alat muzik sedangkan sebahagian yang lain mengatakan Al-Ghubaira adalah khamar yang terbuat dari jagung atau gandum, begitu pendapat Ibnu Atsir dalam kitab An-Nihayah tentang Gharibul Hadis.
Sebenarnya Al-Kubah lebih tepat diertikan sebagai permainan dadu dan A- Ghubaira sebagai minuman khamar dari jagung dan gandum. Hal ini kerana

• Penafsiran seperti ini lebih sesuai dengan teks hadis yang mengharamkan khamar dan judi. Al-Ghubaira berkaitan dengan khamar dan Al-Kubah berkaitan dengan judi.

• Menafsirkan Al-Kubah sebagai alat muzik tabuh jelas bertentangan dengan hadis soheh yang menunjukkan bahwa Rasulullah SAW membolehkan menabuh duff(sejenis alat musik tabuh atau percussion) dan rebana.

Oleh kerana itu menjadikan hadis-hadis ini sebagai dasar pengharaman muzik dan lagu adalah kurang tepat.

Diriwayatkan dari Nafi bahawa Ibnu Umar mendengar suara seruling pengembara maka beliau memasukkan jarinya ke telinganya, kemudian beliau menyimpangkan kudanya dari jalanan, ia mengatakan “hai Nafi apakah kamu mendengar?”. Aku menjawab: ya, maka ia berlalu sampai aku mengatakannya tidak. Maka beliau mengangkat tangannya dan kembali menunggang ke jalanan kemudian beliau berkata ”Aku pernah melihat Rasulullah SAW mendengar suara seruling pengembara maka beliau berbuat seperti ini”(Hadis Sunan Abu Daud Bab Adab hadis no 4924).

Tentang hadis ini Abu Daud berkata “hadis ini mungkar”. Al-Hafiz Al-Munziri dalam kitabnya Mukhtasar Lis Sunan jilid 7 hadis no 4755 tidak mengingkari atas kemungkarannya. Hal ini ditanggapi oleh Abu Thayyib Muhammad Syamsyulhaq Adzim Abadi dalam Kitabnya Aun Al Ma’bud Syarh Sunan Abu Dawud yang berkata “tidak mengetahui sisi keingkarannya tetapi sanadnya kuat dan tidak bertentangan dengan periwayatan yang tsiqah”. Hadis ini juga dinyatakan soheh oleh Abu Sulaiman Al-Khattabi dan Ibnu Hibban(dalam Soheh Ibnu Hibban).

Walaupun hadis ini soheh tetapi tidak tepat dijadikan alasan untuk mengharamkan muzik kerana matan hadis tidak jelas menyatakan haramnya suara seruling itu. Pada awalnya Ibnu Umar mendengar suara seruling kemudian dia menutup telinganya lalu berkata kepada Nafi apakah ia mendengarnya, Nafi memang mendengarnya dan terus mendengarnya sampai suara seruling itu tidak terdengar lagi. Ketika Ibnu Umar memastikan kepada Nafi apakah suara seruling itu tidak terdengar lagi, barulah ia menurunkan tangannya. Ibnu Umar berkata bahwa Rasulullah SAW berbuat seperti ini. Tindakan seperti itu hanya menunjukkan ketidaksukaan Rasulullah SAW kepada suara seruling tersebut dan bukan menunjukkan keharamannya.

Seandainya mendengar suara seruling itu haram maka Ibnu Umar pasti akan menyuruh Nafi untuk menutup telinganya juga, serta mencari siapa yang memainkan seruling itu (tidak hanya diam menunggu sampai suara seruling itu tidak terdengar) untuk memperingatkan bahawa yang dilakukannya adalah haram. Hal ini juga mempunyai maksud tersirat bahawa Rasulullah SAW ketika bersama Ibnu Umar ra juga tidak menyuruh Ibnu Umar untuk menutup telinganya ketika mendengar suara seruling pengembara. Apalagi jika benar Rasulullah SAW mengharamkannya maka Ibnu Umar pasti akan berkata Rasulullah SAW telah mengharamkan mendengar suara seruling dan Ibnu Umar akan memberitahu kepada Nafi tentang ini, tapi yang ada malah Ibnu Umar hanya berkata Rasulullah SAW berbuat seperti ini. Oleh karena itu hadis ini lebih tepat menunjukkan ketidaksukaan terhadap suara seruling dan bukan pengharamannya.

Asy-Syaukani dalam kitab Nailul Authar jilid 8 hal 27 menyatakan bahawa Tindakan Rasulullah SAW dan Ibnu Umar yang tidak melarang pengembala tersebut untuk memainkan serulingnya adalah dalil yang menunjukkan ketidakharamannya. Selain itu Abu Daud juga mencantumkan hadis ini dalam Bab Makruhnya Lagu dan Seruling yang menunjukkan bahwa Abu Daud sendiri memahami kalau hadis ini tidak menunjukkan haramnya lagu dan seruling.

3. Hadis Yang Dikatakan Soheh Tetapi Terdapat Keraguan Pada Sanadnya

Diriwayatkan dari Hisyam bin Ammar dengan sanadnya sampai ke Abu Malik Al Asy’ari, bahwa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan ada dari umatku yang menghalalkan kemaluan(zina), sutera, khamar dan al ma’azif (alat-alat musik). Kemudian sebahagian dari ummatku akan ada yang turun dari gunung. Lalu datang orang yang membawa ternak-ternak mereka dan mendatangi untuk satu keperluan. Mereka berkata, “Datanglah lagi kemari besok.” Maka malam itu Allah menghancurkan mereka, Allah meruntuhkan gunung itu dan merubah sebahagian mereka menjadi kera dan babi hingga hari kiamat.”. (Soheh Bukhari Bab Akan Datang Orang Yang Menghalalkan Khamar dan Menamakan Dengan Bukan Namanya, hadis no 5590).

Hadis ini terdapat dalam Soheh Bukhari, jadi memiliki sanad yang soheh. Tetapi terdapat keraguan pada sanad hadis ini. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari secara Muallaq ertinya terputus sanadnya. Oleh kerana itu Ibnu Hazm dalam Al Muhalla menolak hadis ini. Kenyataan Ibnu Hazm ini ditolak oleh Ibnu Qayyim di dalam kitabnya Ighatsatul Lahfan Min Mashaidis Syaithan. Beliau Ibnu Qayyim menjawab keraguan Ibnu Hazm iaitu beliau menuliskan Jawapan mengenai keraguan ini adalah sebagai berikut:

• Sesungguhnya Al Bukhari telah bertemu Hisyam bin Ammar dan telah mendengarkan hadis darinya. Maka jika Al-Bukhari mengatakan, “Hisyam telah berkata. ” itu bererti sama ertinya dengan mengatakan, dari Hisyam.”

• Seandainya Al-Bukhari belum pernah mendengar hadis itu darinya, maka sudah tentu dia tidak akan membolehkan untuk meyakini hadis itu darinya, kecuali memang soheh bahawa ia (Hisyam) benar-benar pernah mengatakannya. Perkara sebegini banyak digunakan saling banyaknya rawi yang meriwayatkannya hadis dari syeikh tersebut dan kerana kemasyhurannya. Lagi pula yang namanya Al-Bukhari itu adalah rawi yang paling jauh dari perbuatan tadlis (pemalsuan).

• Al-Bukhari sendiri memasukkan hadis tersebut dalam kitabnya yang diberi nama Soheh, yang dijadikan hujah oleh beliau. Seandainya hadis ini tidak dianggap soheh oleh beliau, tentu beliau tidak akan memasukkannya dalam kitab Soheh beliau.

• Al-Bukhari menta’liqnya dengan shighar jazm, bukan shighat tamridh. Ia juga mengambil sikap tawaquf mengenai suatu hadis atau jika hadis yang ada itu tidak memenuhi persyaratannya, maka Al-Bukhari biasanya mengatakan, “Wa yurwa’an Rasulullah wa yuzkaru’anhu.” (Diriwayatkan dari Rasulullah dan disebutkan darinya), atau ungkapan yang sejenisnya. Namun jika Al-Bukhari sudah mengatakan, “Qola Rasulullah ” (Rasulullah telah bersabda), maka bererti ia telah menetapkan dan memastikan bahawa hal itu benar-benar dari Nabi.

• Kalau saja kita buang alasan di atas, maka hadis ini tetap dianggap soheh dan muttasil oleh hadis lainnya. Abu Daud dalam kitab Al-Libas mengatakan : telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab bin Najdah, katanya : Bisyr bin Bakar telah menceritakan kepada kami Athiyah bin Qais yang mengatakan : Aku telah mendengar Abdurrahman bin Ghanm Al Asy’ari berkata : Abu Amir atau Abu Malik telah menceritakan kepada kami, lalu disebutkan hadis seperti di atas secara ringkas.
Alasan-alasan yang dikemukakan Ibnu Qayyim berpijak pada kredibiliti Imam Bukhari sebagai perawi yang handal dan kitab Hadis Bukhari yang disepakati sebagai kitab soheh, alasan ini tentu boleh diterima. Seandainya begitu maka seharusnya kita juga menerima kalau Imam Bukhari sendiri memasukkan hadisnya ini dalam Bab Akan Datang Orang Yang Menghalalkan Khamar dan Menamakan Dengan Bukan Namanya. Beliau tidak menamakan babnya itu pengharaman lagu atau ma’azif dan dalam kitab Sohehnya itu memang tidak ada sedikitpun pokok perbahasan tentang pengharaman muzik dan lagu.

Sedangkan alasan yang terakhir bahwa hadis ini diriwayatkan secara muttashil dalam Sunan Abu Daud adalah benar tetapi beliau Ibnu Qayyim terburu-buru dalam hal ini. Hadis dalam Sunan Abu Daud yang dimaksud beliau memiliki matan yang berbeza dengan hadis Soheh Bukhari, Abu Daud tidak menyebutkan lafal Al Ma’azif yang menjadi pokok perbahasan dalam masalah ini. Hadis dalam Sunan Abu Daud memang disebutkan secara ringkas. Abu Daud meriwayatkan hadisnya dengan matan “Manusia dari umatku akan meminum khamar yang mereka namakan bukan dengan namanya” . Tentu saja hal yang seperti ini haram tetapi dalam hadis ini tidak ada dalil untuk mengharamkan muzik dan nyanyian.

Keraguan pada sanad hadis Bukhari ini tidak hanya terbatas pada periwayatan yang muallaq. Semua sanad yang bersambung dari hadis ini bersumber dari perawi tunggal, Hisyam bin Ammar. Dalam Hadi As-Sari jilid 2 hal 218, Mizan Al-Itidal jilid 4 hal 302 no 9234, Tahdzib At-Thadzib jilid 11 hal 51-54 dan Tahdzib Al-Kamal no 6586 didapati keterangan tentang Beliau. Hisyam bin Ammar dinyatakan tsiqat oleh Ibnu Main, Al Ajli, Daruquthni dan An Nasa’i mengatakan “hadisnya tidak masalah”. Tetapi terdapat keraguan terhadap beliau yang mesti dipertimbangkan

• Abu Daud menyatakan bahawa Hisyam meriwayatkan empat ratus hadis yang tidak ada dasarnya.

• Abu Hatim berkata “dia shaduq (dipercaya) tetapi kemudian berubah, maka setiap yang datang darinya mesti dikaji kembali dan setiap yang disampaikannya mesti dipertanyakan lagi”

• Ibnu Sayyar menyatakan “ini bencana besar yang membuat kita bertawaqquf(berdiam diri) terhadap apa yang diriwayatkan darinya kerana mungkin apa yang disampaikannya telah terjadi perubahan”

• Ahmad bin Hanbal menyatakan penolakan terhadap Hisyam. Beliau berkata “dia kurang ingatannya” selain itu Ahmad berkata “ia seorang yang picik dan sederhana pemikirannya” atau dari kata-kata Ahmad terhadap Hisyam “jika kalian shalat di belakang Hisyam maka hendaknya kalian mengulangi shalat kalian”.

• Sebahagian Ulama mengecam Hisyam dengan mengatakan bahwa dia tidak mengeluarkan hadis kecuali menuntut upah.

• Az-zahabi berkata “Ia dapat dipercayai tetapi banyak yang mengingkari hadisnya”. Selain itu Az-zahabi berkata “perkataan Hisyam dapat dipertimbangkan akan tetapi orang tidak dibenarkan memutlakkan perkataannya”.

Oleh karena keraguan terhadap Hisyam bin Ammar maka hadis ini dipermasalahkan oleh sebagian ulama. Yang jelas dengan keraguan pada sanadnya maka hadis ini bukanlah hujjah yang kuat dalam mengharamkan musik dan lagu. Ibnu Qayyim dalam kitab Ighatsatul Lahfan Min Mashaidis Syaithan membawakan hadis lain dari Sunan Ibnu Majah dan beliau Ibnu Qayyim mensohehkannya.

Diriwayatkan dari Abu Malik Al Asy’ari ra bahwa ia berkata : Rasulullah telah bersabda ” Sungguh akan ada manusia-manusia dari umatku yang meminum khamar yang mereka namakan dengan nama lain, kepalanya dipenuhi dengan muzik dan penyanyi- penyanyi wanita. Maka Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan di antara mereka kera dan babi. (Sunan Ibnu Majah Bab Fitan Hadis no 4020 dan Soheh Ibnu Hibban Hadis no 675)

Ibnu Qayyim menyatakan hadis ini soheh padahal terdapat perawi yang majhul dalam sanadnya iaitu Malik bin Abi Maryam. Ibnu Hazm berkata “Tidak diketahui siapa dia”. Az-zahabi juga berkata bahwa Malik bin Abi Maryam adalah majhul (tidak diketahui). Seandainya hadis ini soheh maka erti yang benar dari hadis ini adalah mengkhabarkan sekelompok manusia yang tenggelam dalam kehidupan huru-hura dan kemaksiatan, meminum khamar diringi muzik dan penyanyi wanita (muziknya diiringi perkara maksiat).

Perhatikan, pengharaman dengan lafal Ma’azif hanya diriwayatkan oleh Hisyam bin Ammar yang terdapat keraguan padanya. Sedangkan hadis-hadis lain seperti dalam Sunan Abu Daud dan Sunan Ibnu Majah matannya jelas mengharamkan khamar. Oleh kerana itu seandainya kita menerima riwayat Hisyam bin Ammar maka erti yang tepat dari hadis itu adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Syaikh Muhammad Al-Ghazali dalam As-Sunnah An-Nabawiyah Baina Ahlul Fiqh Wa Ahlul Hadis Bab Perihal Nyanyian hal 91, yang berpendapat “Mungkin yang dimaksud Bukhari adalah gambaran yang menyeluruh dari sebuah pesta yang diisi dengan acara –acara minuman khamr serta nyanyian-nyanyian yang diiringi dengan perbuatan kefasikan. Pesta seperti ini jelas haram sesuai ijma’ kaum muslimin”. Pendapat ini boleh diterima dan cukup menjelaskan kenapa Bukhari sendiri memasukkan hadisnya dalam Bab Akan Datang Orang Yang Menghalalkan Khamr dan Menamakan Dengan Bukan Namanya dan beliau tidak sedikitpun menyebutkan tentang pengharaman muzik dan lagu. Oleh karena itu yang lebih tepat dalam masalah ini adalah musik dan lagu haram jika diiringi dengan perbuatan maksiat(tarian seronok) apalagi disertai dengan minuman khamar.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda “Ada dua Suara yang dilaknat, Suara Seruling ketika ada kenikmatan, dan Suara jeritan ketika datang bencana”.(Kasyful Atsar ’an Zawaid Musnad Al Bazzar hadis no 795 dinyatakan soheh oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah As Shahihah hadis no 427).

Hadis ini juga terdapat dalam kitab Ruba’iyyat Abu Bakar Asy-Syafii tetapi dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Yunus yang dikenal sebagai pemalsu hadis. Syeikh Al-Albani ketika menilai hadis ini telah menguatkan dengan perkataan Al-Haitsami dalam Kasyful Atsar’an Zawaid Musnad Al Bazzar hadis no 795 yang mengikuti pernyataan Al-Mundziri bahwa perawi dalam hadis riwayat Al Bazzar ini semuanya tsiqah. Dalam kitab At Targhib Wa At Tarhib jilid 4 hal 177, Al Mundziri berkata “diriwayatkan oleh Al Bazzar dan para periwayatnya tsiqah”. Hadis ini telah dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib Wa At Tarhib. Syaikh Al Albani telah menjadikan hadis ini sebagai dalil pengharaman muzik dalam kitabnya Tahrim Alat At Tharb. Beliau Syeikh Al-Albani juga menyebutkan adanya syahid penguat hadis ini iaitu hadis riwayat Al-Hakim dalam A- Mustadrak Ash-Shahihain jilid 4 hal 40 dari Jabir bin Abdurrahman bin Auf.

Mari kita lihat hadis tersebut. Dalam Kasyful Atsar’an Zawaid Musnad Al Bazzar hadis no 795 karya Al Haitsami, beliau meriwayatkan berkata kepada kami Amru bin Ali ;berkata Abu Ashim; berkata kepada kami Syubaib bin Basyar Al Bajali, ia berkata “aku mendengar Anas bin Malik berkata “(matan hadis di atas)”. Dalam sanad ini terdapat perawi yang diperselisihkan yaitu Syubaib bin Basyar Al Bajali.

Dalam Al Mughni Fi Adh Dhu’afa no 2735, Tahdzib Al Kamal no 2689, Al Jarh Wat Ta’dil jili 4 no 1564 dan At Taqrib Ibnu Hajar no 2748 didapat keterangan tentang Syubaib bin Basyar

• Yahya bin Main menganggapnya tsiqat

• Ibnu Syahin menyatakan Syubaib tsiqat

• Abu Hatim berkata “ia layyin Al Hadis(lemah) dan hadis syuyukh”

• Ibnu Jauzi menyatakan “Syubaib perawi yang dhaif”

• An Nasai berkata “kami tidak mengenal seseorang yang
meriwayatkan darinya kecuali Abu Ashim dan ia salah”.

• Adz Dzahabi memasukkan Syubaib dalam perawi yang dhaif. (lihat Mughni Adh Dhu’afa no 2735).

Jadi memang ada yang menyatakan Syubaib tsiqat tetapi banyak pula yang menyatakan beliau dhoief. Oleh karena itu hadis ini juga bukan hujjah yang kuat sebagai dalil pengharaman musik. Pernyataan Syeikh Al-Albani jelas mengikuti pernyataan Al-Munziri dalam masalah ini. Adapun hadis syahid atau penguat yang disebutkan oleh Syaikh Al Albani juga terdapat keraguan pada sanadnya sehingga tidak boleh dijadikan hujjah.

Hadis tersebut adalah riwayat Al Hakim dalam Al Mustadrak jilid 4 hal 40 yang meriwayatkan dari jalan Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Laila dari Atha’ dari Jabir bin Abdurrahman bin Auf, ia mengatakan Rasulullah SAW menarik tanganku, kemudian saya bersamanya menghampiri Ibrahim, anaknya(saat ia meninggal). Beliau sangat menyayangi anaknya, kemudian beliau menggendongnya dalam pelukan. Lalu Rasulullah SAW meletakkannya dan menangis. Kemudian saya berkata “Engkau menangis ya Rasulullah SAW, padahal Engkau melarang menangis?”. Beliau menjawab “Aku belum pernah melarang menangis, tetapi aku melarang dua suara dungu yang menjijikkan yaitu suara nyanyian yang melalaikan(seruling syaithan) dan suara ketika tertimpa bencana dengan menampar wajahnya dan merobek pakaiannya. Sedangkan (menangisku) ini adalah karena kasih sayang. Barang siapa yang tidak menyayangi maka tidak disayangi. Perkataanmu memang benar, namun ssesuai dengan permulaan dan akhirnya bahkan lebih menyedihkan daripada ini, dan kami sedih dan terharu atas kepergianmu ya Ibrahim, mata menangis, hati bersedih, sedang kami tidak dapat berkata sesuatu yang dibenci Tuhan”.

Hadis ini dikatakan oleh Syaikh Al Albani sebagai hadis syahid atau penguat dan hadis ini juga dijadikan dalil pengharaman musik oleh Ibnu Qayyim dalam Ighatsatul Lahfan Min Mashaidis Syaithan, padahal hadis ini memiliki cacat pada sanadnya. Dalam sanad hadis ini terdapat Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Laila yang walaupun tsiqat sangat buruk hafalannya. Oleh sebab itu dalam Al Mustadrak Al Hakim tidak menshahihkan hadis ini begitu juga Adz Dzahabi dalam Talkhis Al Mustadrak juga tidak menyatakan shahih hadis ini. Dalam Mizan Al I’tidal jilid 3 hal 613-616 no 7825 dan Taqrib At Tahdzib no 6081 terdapat keterangan tentang Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Laila

• Adz Dzahabi berkata “dia itu shaduq(dapat dipercaya) seorang imam yang buruk ingatannya”.

• Al Ajli menyatakan beliau ahli fiqh, dapat dipercaya dan ahli sunnah

• Ahmad bin Hanbal mengatakan bahwa ia Mudhtharib Al Hadis

• Yahya Al Qathan berkata “hafalannya jelek sekali”

• An Nasa’i berkata “Ibnu Abi Laila tidak kuat”

• Abu Zur’ah juga berkata “riwayatnya tidak kuat”

• Syu’bah berkata “Aku belum pernah melihat yang lebih buruk hafalannya daripada dia”

• Ad Daruquthni berkata “buruk hafalannya dan banyak samar”

• Yahya bin Ya’la Al Muharribi berkata “Zaidah membuang hadis Ibnu Abi Laila”

• Ahmad bin Yunus berkata “dia ahli fiqh ternama di dunia”

• Ahmad berkata “Yahya mendhaifkan Ibnu Abi Laila”

• Utsman Ad Darimi dan Muawiyah bin Shalih meriwayatkan dari Ibnu Main yang berkata “hadisnya dhaif”

• Ibnu Hibban berkata “Beliau buruk hafalannya, banyak salah, banyak hadisnya yang mungkar maka berhak ditinggalkan”

• Ibnu Hajar berkata “Shaduq(dapat dipercaya) tapi sangat buruk hafalannya”.

Jadi jelas sekali kalau Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Laila sangat buruk hafalannya. Oleh karena itu dalam sanad hadis ini terdapat salah seorang perawi yang kehilangan unsur dhabith(hafalan) sehingga hadis ini tidak boleh dikatakan soheh atau dijadikan hujjah.

Kesimpulannya hadis-hadis yang dijadikan dasar untuk mengharamkan muzik, satupun tidak terlepas dari keraguan baik pada sanad maupun matannya. Pada sanadnya hadis-hadis itu sering dipertikaikan kedudukannya dan pada matannya tidak jelas menunjukkan pengharaman muzik dan lagu. Wallahu 'Alam.

Source : KTI (www.inteam.com.my)
Wrote : Hangguk_The_Return.

2 Comments

Anonymous said…
tu diaaa nala pnye pnjg!
thnx btw :)
akuameer said…
u're welcome..
kasi detail pnye..biar kte faham hukum..x lah jdi kurafat n sesat!
btul x?? (,")