Akhlak Seorang Muslim

Diriwayatkan dalam sebuah hadith yg disampaikan oleh Abu Hurairah r.a pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabat-sahabatnya:
أتدْرون من المفلس؟ قالوا: المفلسُ فينا من لا درهم له ولا متاع. فقال: إنّ المفلسَ مِن أمتى مَن يأتى يومَ القيامة بصلاةٍ وصيامٍ وزكاةٍ, ويأتى وقد شَتَمَ هذا, وقَذَفَ هذا, وأَكَلَ مال هذا, وسَفَكَ دَمَّ هذا, وضَرَبَ هذا فيُعْطِى هذا مِن حسناته فإن فَنِيَتْ حسناته فطُرِحَتْ عليه ثمّ طُرِحَ فى النار. (رواه مسلم).ـ
Maksudnya: Tahukah kalian, siapakah orang yang jatuh miskin itu (muflis) ? Para sahabat menjawab: Orang yg jatuh miskin itu ialah orang yang tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai harta. lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang yang jatuh miskin dari ummatku ialah orang yang di hari kiamat dia datang dengan membawa solatnya, puasa dan zakatnya. Disamping itu dia telah mencaci maki ini, menuduh ini, dan memakan harta ini, menumpah darah ini, memukul ini..maka ia akan menerima ganjaran dari segala kebaikannya ini. dan apabila kebaikannya itu habis sebelum selesai memenuhi tuntutan orang-orang yang mempunyai hak, maka diambilnya kesalahan-kesalahan orang tersebut dan dilemparkan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke neraka. (Riwayat muslim)
Itulah gambaran dari orang yang miskin/bankrup dalam amal ibadahnya, yang diumpamakan sebagai seorang pedagang yang memiliki barang dagangan bernilai seribu tetapi mempunyai hutang lebih dari dua ribu. Apakah orang yang demikian itu disebut kaya? demikian juga halnya dengan seorang muslim yang banyak mengumpulkan pahala amal ibadahnya tetapi lebih banyak lagi dia melakukan perbuatan maksiat dan kejahatan-kejahatan yg bergelumang dengan dosa, seperti mengumpat orang lain, menfitnah, memaki hamun, memakan harta orang lain dengan jalan tidak halal, menyakiti hati orang lain, mengganggu ketenteraman tetangga dan sebagainya. Apakah orang yang demikian patut disebut orang yang bertaqwa? tentu sahaja tidak.
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlaq yang jahat merosak amal, seperti cuka merosak manisnya madu. (riwayat baihaqi) -Akhlak Seorang Muslim. H 14-16
~ a m e e r ~
0 Comments