Antara Nikmat dan Istidraj
Pandangan manusia memerhatikan yang cantik itu baik, yang kaya itu bahagia, yang sihat itu senang tanpa diketahui apa nilaian dari sudut pandangan ALlah. Berapa ramai orang yang zalim dihatinya berkeluh kesah memikirkan tentang musuhnya yang bertambah?
Berapa ramai pula orang yang cantik diburu orang serta dipergunakan untuk kepentingan, lalu setelah diperolehi 'kecantikan' itu madunya telah dibuang.
Wahai diri, mungkin terkadang di hatimu memikirkan kesusahan.
Lidah tetap tidak putus-putus berdoa, jalan tetap terus ke hadapan serta selalu bersangka baik. Manalah tahu, ada ketikanya berburuk sangka juga pada ALlah. Ingatlah diri, orang yang beriman semakin kuat imannya, makin beratlah ujian yang harus ditanggung.
Firman Allah SWT:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak akan diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya ALlah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta". (Surah al Ankabut : 2-3)
Firmannya lagi:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar". (Surah Al-Baqarah : 155)

Tentang diri orang yang zalim yang mengumpulkan dosa, jangan dirisau keadaan mereka. Walaupun di sebalik kezaliman hidupnya nampak tenang dan aman. Mungkin itulah yang dinamakan istidraj dan bukannya nikmat seperti yang disangkakan. Bukanlah mereka itu selama-lamanya diberi kesenangan yang menipu itu, bahkan ia diberi tangguh supaya dosanya semakin bertambah-tambah.
Wahai diri... mudah-mudahan engkau tidak akan termasuk di dalam golongan ini. Kisah Firaun dan Hamman perlu dijadikan iktibar, lihatlah apa yang disebutkan Allah yang bermaksud:
Wahai diri... mudah-mudahan engkau tidak akan termasuk di dalam golongan ini. Kisah Firaun dan Hamman perlu dijadikan iktibar, lihatlah apa yang disebutkan Allah yang bermaksud:
"Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) secara yang tidak mereka sedari. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh" (Surah al A'raf : 182-183)
Firman-Nya lagi:
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka akan terdiam berputus asa. Maka orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi ALlah, Tuhan semesta alam". (Surah al An'am :44-45)
Allahu Allah... wahai diri, jika engkau terlupa, ingatlah semula tazkirah yang engkau sendiri beri untuk bermuhasabah diri.
Antara nikmat dan istidraj kedua-duanya seakan-akan sama. Hanya Redha dan Murka Allah menjadi pembeza...
Antara nikmat dan istidraj kedua-duanya seakan-akan sama. Hanya Redha dan Murka Allah menjadi pembeza...
0 Comments