Tanggal 25 Disember setiap tahun adalah hari kebesaran bagi penganut agama kristian...atau lebih umumnya dikenali sebagai hari natal atau hari krismas...boleh dikatakan seluruh pelusuk dunia menyambut dan meraikannya.

Tetapi bagi masyarakat di Malaysia yang majoritinya adalah masyarakat beragama Islam khususnya bagi bangsa melayu juga turut meraikan hari krismas... Malah ianya disambut dengan pelbagai pesta, acara dan persembahan menarik sehingga timbulnya gejala lumba haram a.k.a mat rempit, budaya lepak, pergaulan haram (antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram), perjudian serta pelacuran... amat menyedihkan sekali, kesemua gejala2 sosial yang berlaku itu adalah dari kalangan remaja melayu (islam).

Persoalannya, mengapa ianya sering berlaku dan masih diamalkan oleh masyarakat melayu (islam) setiap tahun, sedangkan para ulama telahpun menerangkan akan hukum menyambut hari kebesaranan agama lain itu adalah haram..mengapa kita masih tidak faham?? Begitu juga dengan sambutan tahun baru 2009, pelbagai acara diadakan bagi merai kedatangan tahun baru masehi... sedangkan kita selaku masyarakat melayu dan beragama islam sepatutnya menyambut dan meraikan kedatangan tahun baru Hijrah 1430 yang menjadi kebanggaan umat islam seluruh dunia. Sedangkan islam telahpun menegaskan bahawa Agama disisi Allah itu hanyalah agama islam. Tiada agama lain yang lebih sempurna dan boleh diterima pakai melainkan agama Islam.

Bagaimana pula dengan sambutan Maal Hijrah?? Alhamdulillah...masih ada segelintir umat islam yang menyambutnya di negara Malaysia ini...namun janganlah ianya sekadar disambut dan diraikan, tetapi kita perlulah menghayati dan mengambil ikhtibar (pengajaran) akan peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W dari mekkah ke Madinah. Juga mengambil pengajaran daripada pengorbanan baginda di dalam perjalanan menuju ke Yathrib (nama Madinah-sebelum hijrah)

Semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah 1430 memberi kesedaran Islam kepada kita semua dan dapatlah kita sama-sama memupuk diri sendiri dan seluruh masyarakat, khususnya kaum melayu kearah pembangunan moral (akhlak) yang kian runtuh dan hilang serta dapat mempertingkatkan lagi amal kebajikan dengan keazaman yang baru bagi mendorong diri kita ke arah kecemerlangan.

Wallahu 'Alam....

0 Comments