TAMPIN: kemeriahan Syawal 1431H di Desa Permai, Repah amat dirasai dengan dentuman mercun yang dibakar oleh jiran depan rumah dan dan dibalas dengan tembakan meriam buluh daripada kampung sebelah... dan tatkala itu juga Geng Surau sedang lunak melaungkan Takbir dan Tahmid sebagai tanda kesyukuran kepada yang Maha Esa.

Selepas solat isyak, seperti tahun2 lepas amalan takbir raya rumah ke rumah oleh Geng Surau saban tahun dilakukan diatur oleh pengerusi surau (En. Zainuddin) dan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aku juga tidak mahu terlepas daripada menyertainya selain menjadi pembantu (Tekong) takbir raya pada malam itu.

Yang di rumah sibuk membuat persiapan juadah dan lain-lainnya. ada juga yang sibuk melayan rancangan menarik di tv sempena aidilfitri. macam-macam ada! My dad pula asek dok setting api lomang, takut hangus!! inilah perkama kali kami sekeluarga membuat lemang...alhamdulillah menjadi juga akhirnya...nak rasa? sila buat tempahan tahun depan!!

Mengikut kebiasaan kami sekeluarga seperti tahun2 yg lepas, selepas solat i'dulfitri, kami bersalaman, bermaaf-maafan dan bergambar sekeluarga then barulah pergi beraya...1stly rumah paklong di Melaka dan raya kedua baru beraya di KL - rumah atok.

Dan pada tengahari raya kedua barulah aku & isteri bertolak ke Tanjung Sari, Teluk Intan Perak. Perjalanan yang amat meletihkan dan terlalu lama...kesesakan lalulintas yang tak dapat dielakkan dimusim perayaan sehingga aku hampir2 tercium bontot kereta depan..(emergency break) so, 6.30 petang baru sampai kampung..7 jam perjalanan dari KL ke Teluk Intan...Fuhh!!

Dan cerita seterusnya, dah tak larat nak menaip..tengok jelah gambar2 raya kat bawah ni;

Amik daun pisang utk wat lemang...

Camnie chagho ehh...

Membakar lemang dengan suhu 65 darjah celcius

Selepas pulang daripada solat idulfitri

Sesi bergambar...

Ampun bang!!

Si kembar...tgh makan lomang...

Ceria si kembar di pagi raya...

Tak sabar nak pegi beraya...


2 Comments

Anonymous said…
Salam ziarah..
cantik kawasan rumah tu. kat mana tu?


Salam aidilfitri! :)
akuameer said…
Ahlan wa sahlan...itu rumah Parents kt Desa Permai, Tampin N9.. Alhamdulillah...