Masih belum terlambat untuk aku membuat persiapan menyambut ketibaan Aidiladha... walaupun lazimnya di Malaysia ini Aidiladha tidak disambut semeriah Aidilfitri..tapi bagi aku Aidiladha adalah lebih bermakna daripada Aidilfitri, kerana jika kita dapat menghayati Sirah Al-Udhiyyah ataupun sejarah qurban yang hebat iaitu pengorbanan Ibrahim A.S terhadap puteranya Ismail A.S. (aii..dah jadi kuliah plak nih)

Sejarah qurban adalah diantara sejarah terulung para Anbia' yang mana ia mengisahkan tentang pengorbanan seorang nabi dan bapa kepada Ismail A.S bermulanya daripada detik kelahiran Ismail A.S (peristiwa safa dan marwah) sehinggalah baginda diperintahkan oleh Allah S.W.T melalui mimpinya menyembelih anaknya...

Ringkasnya, terlalu banyak pengorbanan yang dilalui oleh baginda Ibrahim A.S. Moga sejarah kegemilangan ibadah qurban ini menjadi inspirasi seluruh umat islam untuk terus menegakkan kalimah tauhid di serata alam.

Hmm..mcam dah lari tajuk jer..asalnye aku nak cerite tentang puasa hari arafah, ibadah qurban dan yang sewaktu dengannya... satu perkara yang agak mengelirukan sesetengah pihak termasuk aku dan perkara ini memang selalu berlaku iaitu tentang penentuan tarikh hari raya Aidiladha.

Antara rujukan pertama yang akan cari adalah JAKIM http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/nov/km_hrQurban10.pdf tetapi ia bercanggah pula dengan berita luar negara yang tersiar di TV..ringkasnya, Alhamdulillah..akhirnya aku jumpa jawapannya melalui sumber rakan-rakan yang berada di tanah haram dan yang berhampiran dengannya.

So, jawapan yang paling dipercayai yang aku dapat adalah: Hari Arafah (tetap) jatuh pada 9 Zulhijjah 1431 H bersamaan 16 November 2010 (Selasa) bukan 15 November (Isnin) seperti yang disiarkan di TV...dan hari raya esoklah..(17 November - Rabu) Muktamad!!

Then, hari selasa tu bleh la pakat2 kita puasa hari arafah..semua dah tau kan kelebihannya..yg belum tau atau terlupa..aku highlightkan di sini.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah Al-Ansari R.A, berkata:
Suatu ketika Baginda S.A.W ditanya tentang puasa pada hari 'Arafah?
Baginda S.A.W bersabda: "Ia menghapuskan dosa pada tahun lalu & selepasnya."
Riwayat Imam Muslim, Hadis 1162)

Haa..sekarang dah tau kan, so, apalagi..renung-renungkan dan selamat beramal...

tapi sebelum tuh, dikesempatan yang masih ada lagi nih, akhiameer & aleya love ingin mengucapkan selamat berpuasa hari Arafah dan selamat menyambut hari raya Aidiladha 1432 H kepada semua muslimin dan muslimat di serata dunia..perbanyakkan takbir (Allahu Akbar) tahlil (Lailaha illallah) dan tasbih (Subhanallah)... jangan nak tunggu raya je baru nak bertakbir, selain takbir dalam solat tu..bertakbirlah di mana-mana pun..mengagungkan Allah yang maha agung....



0 Comments