Genap sa-purnama aku tidak menjenguk dan mengapdet blogku ini... yelah..bukan mudah untuk dapatkan mood menulis nih...walaupun kadang2 idea tu sudaa mari..tapi masa pulak tidak mengizinkan.. tambah lagi dengan masalah internet di rumah mahupun di opisku agak berat @ lembab jugak.. nak wat camne kan..

Malas nak cerita bab As-sibuki Fid Dunya...i busy la bla bla bla... itu dah jadi alasan lapok dek zaman, entry yang lepas pun cakap camtu jugak... takpelah, cuma kali ini nak celoteh sikit pasal Imam Muda Qaryah (IMQ) nih.. terlupa nak ceghita kat you you all semua yang aku ni juga salah seorang peserta/pelajar IMQ hehe... dah 5 bulan kot program ini berlalu (dah nak abes dah pun bulan depan), cuma program IMQ ni tak sa-glamor Imam Muda Astro sebab tak masuk atau keluar tv, sebab ramai kot..tak muat!! Then, kalau nak tau latar belakang dan info terkini program IMQ, lawati laman Facebook IMQ dan jangan lupa, berilah sokongan kepada kami yer..!!


sebahagian peserta IMQ Zon 2 (aku takde dlm gambar ni, sbb datang lambat!!)


sebahagian peserta IMQ Zon 1 (Hitam) & IMQ Zon 2 (Hijau) di PUSPEN, Sg. Besi


Kelas Al-Quran & Qiraat (Semalam) bersama Ustaz Abd. Aziz


Kelas Tarranum bersama Ustaz Mohd Noor Yaakob


Rasanya semalam adalah minggu yang ke-15 (kalau tak silap), sejak dari bermulanya pada 13 Februari yang lalu sehingga kini... Pergghh..dah banyak minggu jugak telah berlalu, macam2 yg kami semua dapat belajar dan ulangkaji bersama guru2 dan Imam2 yg dilantik sebagai mursyid IMQ. Dan banyak jugalah ilmu2 yang ber-manfaat dapat diperolehi.. moga2 ianya dapat diamal dan disampaikan kepada masyarakat di luar sana.

Semalam juga telah berlangsung-nya kelas yang ke-7 (kalau tak silap) sebab dah 2 minggu takde kelas, diganti pula dengan program Simposium Manhaj Dakwah Bandar di Dewan Muktamar Pusat Islam, JAWI pada 2 minggu lepas (depa kata muka aku keluar kat tv, sebab hari tu tv3 datang wat liputan..betui ka??). Kemudian kelas minggu lepas pula dibatalkan.. syoknya hehe!!


bergambar bersama Habib Ali Zainal Abidin (aku panggil Ustaz ajer..)


Sempat berbual/berbincang seketika dgn Habib dlm bahasa arab..
(walaupun arabku berbaur ammiy.. al-masri la katakan!!)


Maka, program pada minggu ini akan diadakan berturut-turut (Sabtu dan Ahad) iaitu program riadah memanah di MSN AU2 keramat pada hari sabtu dan program latihan penyembelihan pada hari ahad di pusat zon 2, Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati.

Nak ceghita satu persatu mmg tak larat la.. upload gambar pun sket2 jadi la... apapun, teruskan menyokong kami IMQ untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat...!!

Thanks you!!

2 Comments

Unknown said…
Salam Ameer,

Cabaran #1 Ipad MySuperkids dah bermula.. kita satu kumpulan.. Kumpulan C... due date utk cabaran #1 dah dekat 8 July 2011...

gudluck utk entry bertema kelahiran...
akuameer said…
boleh..tunggu sat!!