ulasan FORUM PERDANA MAULIDURRASUL 1432H (Download)

Sempena: Maulidur Rasul S.A.W 1432 H
Ahli Panel:
1. Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias
2. Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ahmad
3. Al-Fadhil Ustaz Yusaini Yahya (moderator)
Tarikh: 18 Februari 2011
Masa: 8:00 malam (lepas Maghrib)
Tempat: Surau Al-Mustaqim AU5
Alhamdulillah...semalam Ameer & Aleya telah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk mengikuti Forum Perdana yang dinyatakan di atas. Sambutannya begitu hangat sekali sampai nak cari tempat parking kereta pun takde..last2 aku parking kat tepi longkang di lorong yang begitu sempit.. sebab surau berkenaan terletak di tengah-tengah perumahan so confirm la la cari parking susah..
ehm..kehadiran para jemaah boleh dianggarkan lebih kurang 500 orang termasuk yang duduk dan berdiri di luar surau, hanya dengar dan tonton forum melalui LCD projector jer.. muslimat pun ramai jugak..maklumlah, ramai makcik2, akak2 yang dok minat kat ustaz kazim elias..sebab ceramah dia memang best!!
So, apa yang ingin dikongsikan di sini ialah, rasa kecintaan kepada Rasul itu semakin meningkat apabila kita (umat Islam khususnya) mengenal keperibadian Rasulullah S.A.W samada dari segi bentuk fizikalnya, tingkah lakunya, dan konsep kehidupan serta kekeluargaan baginda.. apatah lagi kita dituntut untuk mengikuti sunnah baginda sebagaimana para sahabat telah berjaya mengikuti jejak langkah baginda..
Siapa tak kenal Ustaz Kazim Elias, pengasas Pusat Pendidikan Al-Baraqah begitu juga dengan Ustaz Zulkifli Ahmad, beliau juga ada pusat Tahfiz Al-Quran di Pandan Indah, tapi aku tak ingat apa nama penuh pusat tahfiz beliau..dan beliau adalah merupakan salah seorang tenaga pengajar / penceramah kuliah dhuah di ofis aku (AKI & Co.). Dan sama juga la dengan Ustaz Yusaini Ahmad, beliau juga ada maahad tahfiz di Perlis yang di namakan Maahad Al-Matin.
Just nak ceritanya pasal ustaz kazim sorang nih... sangat popular di Youtube dan CD atau kaset ceramah. semalam ustaz Yusaini cerita ada seorang muallaf yang baru masuk islam sabtu lepas setelah 2 tahun mendengar ceramah ustaz Kazim Elias.. wah hebatnya!! Dulu aku selalu ikut kuliah tafsir beliau di Masjid Jamek Bagan Serai Perak masa amik diploma dulu.. beliau kalau berceramah, para jemaah takkan rasa mengantuk dan tertidur di dalam kuliahnya.. memang best giler arr.. dalam penyampaiannya beliau sempat berlawak jenaka ilmiah yang sengaja diselitkan bagi menceriakan suasana supaya para jemaah tidak rasa boring dan mengantuk mendengarnya.. bagi yang meminati untuk mendengar rakaman Forum semalam, sila klik di sini untuk men-download Part 1 dan Part 2.
Jika link di atas bermasalah, sila gunakan link youtube di bawah ini:
1. Ustaz Kazim Elias (Part 1A)
2. Ustaz Kazim Elias (Part 1B)
1. Ustaz Kazim Elias (Part 2A)
2. Ustaz Kazim Elias (Part 2B)
3. Ustaz Kazim Elias (Part 2C)
4. Ustaz Kazim Elias (Part 2D)
tapi maaflah hanya rakaman audio sahaja..tiada rakaman video disediakan. Untuk rakaman Forum sesi Ustaz Zulkifli Ahmad Part 1 dan Part 2 akan di-upload kemudian...insyallah.
Sekian...
0 Comments