Ehm...rasanya sudah beberapa minggu saya tidak meng-update entry baru di sini.. yelah..sebuk dengan tugas harian di pejabat.. apapun terima kasih kepada para pengunjung, bloggers dan rakan-rakan yang sudi melawat laman blog saya ini.

Semalam, saya berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC dan Alhamdulillah...sambutannya amat menggalakkan walaupun ketika itu pada sebelah petangnya hujan mulai turun dengan lebatnya, tetapi ianya tidak menjadi penghalang kepada semua pengunjung di pesta ini.

Apa yang boleh saya katakan di sini, umumnya sikap masyarakat kita terhadap amalan membaca ini semakin baik dan jumlahnya semakin meningkat. Berbeza dengan Festivel Kasut Antarabangsa tempohari dari segi sambutan dan golongan pengunjungnya juga berbeza, lebih dimonopoli oleh golongan muda yang sukakan fesyen terkini.. yang datangpun seksi-seksa, mungkin mereka hendak gayakan fesyen mereka sesuai dengan tempatnya,

Di pesta buku ini, umumnya yang datang adalah golongan pelajar, pendidik dan seumpamanya. ada juga yang datang untuk mendapatkan bahan bacaan, bahan rujukan tambahan dan sebagainya. Bagi saya, pesta buku ini terbaik dan paling baik diadakan saban tahun kerana ianya bukan sahaja menjadi medan ilmu antarabangsa, malah ia mendidik jiwa masyarakat supaya mendekati ilmu dengan menghidupkan amalan membaca.

Islam juga mengajar dan menggalakkan umatnya agar menghidupkan amalan membaca di mana-mana sahaja kerana ilmu itu datangnya dengan membaca. Ini bertepatan dengan ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi S.A.W melalui Jibril A.S iaitu berkenaan membaca (Iqra') "bacalah wahai Muhammad dengan nama tuhanmu... (Surah Al-'alaq: 1)

Itu sahaja yang saya dapat sampaikan di sini. Ulasan selanjutnya tentang topik di atas akan disambung pada jumaat akan datang, dan Insyallah saya akan ke Book fair lagi pada hari rabu ini...

Wallahu A'lam..

0 Comments