Huh..penat tak hilang lagi, baru je sampai ke rumah... mana taknya, 4.30 petang tadi dah keluar pejabat terus ke Tadika Amal amik my Aleya, then kami terus ke Book Fair sampailah 10.30 malam tadi baru balik...






Ini kali kedua kami ke Book Fair untuk membeli buku dan kebetulan pulak petang tadi Inteam Record bersama Nazrey Johani, Raihan, Rabbani & Devotees diorang buat mini show sempena pelancaran album baru masing-masing..


Pelancaran novel "Setanggi Kalbu Harraz"


Pelancaran album "Permata Hati - Nazrey Johani"


Pelancaran album " Berjalan Tanpa Henti - Devotees"


Pelancaran album " Lagu-lagu Hafalan & Mengaji - Raihan"


Dan..terserempak la dengan sahabat baikku Ust. Taha ketika belajar di Cairo dulu..aku bersalaman dan bertanya khabarnya bla bla bla...

Selepas tamat show, kamipun bersembang sakan la bersama rakan se-Inteam sekali... Macam-macam hal yang disembangkan.. sambil tu..ada la pelajar2 sekolah dan IPT yang datang nak bergambar sekali dengan Inteam dan lain2... then, sebelum kami berpisah..sempatlah juga kami bergambar kenangan bersama... yang dulunya pernah, kali terakhir kami bergambar bersama ketika di Cairo...


Teman se-inteam ...


Kenangan... Akhi Rahim, Akhi Ameer (saya) & Ust. Taha 2007


Kemudian, kami terus jalan dan berjalan mencari buku-buku yang hendak dibeli.. singgah di booth Ana Muslim, PTS dan kebetulan Sdr. A. Samas Said ada di situ mempromosikan buku karangannya... tak sempat bergambar, ramai yang mengerumuni beliau... then, kami pun dok belek sana sini, akhirnya...inilah yang kami dapat..


Sirah Rasul - Kisah 25 Rasul Allah
(untuk dihadiahkan kepada Uzair, my little brother)


Quranic - Law of Attraction
(my Aleya yang beli, best katanya..!! )


Kerjaya Dalam Bidang Insurans
(dan ini juga..sesuai dengan kerjayanya sebagai agen Takaful Ikhlas)


Kemudian, kami terus ke booth2 di tingkat atas pula.. nak habaq mai kat sini..ramai jugak la yang datang..ingatkan weekday tak ramai yang datang... bla bla bla... my Aleya mencari buku kanak-kanak sebagai bahan bacaan tambahan untuk anak muridnya di Tadika Amal. Aku pula pergi cuci mata jap! hehe...takdelah..pergi ke booth Pelima Media dan inilah buku yang aku dapat beli...


Fikh Kerahsiaan Wanita
(Klik di buku untuk ulasannya)
p/s: gadis2 ayu di luar sana, wajib beli nih..


RIBA dan Isu Kewangan Semasa
(antara buku yang menjadi pilihan Aleya..)


dan aku beli...


Ujang - Lawak Berhantu


APO? - Versi Bikerz Galaksi


Hahaha..inilah teman rapatku ketika zaman persekolahan dulu di Mesir, boring2 dok rumah time cuti tuh, Ujang & Apo? la yang jadi peneman...

Ringkas cerita, lepas solat maghrib di Surau Ar-Rahman PWTC, saya bersama Inteam dan Ust. Taha bersalaman. kemudian, Ust. Taha mengajak kami ke booth bersebelahan dengan booth Inteam Record. Beliau menunjukkan satu buku yang patut kami beli dan baca...


Syubhat Salafi


Banyak perkara yang dibincang dan diterangkan tentang isi kandungan buku ini... tak dapat nak diceritakan di sini. Dan sayapun tidak membelinya, Insya'Allah saya akan belinya pada hari Ahad nanti..

Bla bla bla...kamipun bersalaman untuk berpisah, masing-masing dah nak beredar... dalam perjalanan aku untuk turun ke tingkat bawah, tiba-tiba ada 2-3 orang perempuan menahan aku dan berkata: "Ustaz ustaz...tadi ustaz cari saya ker... sayalah orangnya... Ustaz ni kumpulan inteam kan?? ..marilah kejap, kami nak sembang2..interview dan amik gambar..." minah tu siap hulurkan kerusi dan headphone pada aku..nak buat apa ntah...apa cerita nih...hadoii..!! Aku tak tau diorang nak apa sebenarnya...dan dengan selamba aku melambai dan mengangkat tangan sambil berkata: "takpe..takpe...saya nak cepat...minta maaf yer!! " aku pun mempercepatkan langkah sampai tak jumpa pintu keluar...pusing2 kat situ baru jumpa tangga...

Huh..selamat!!
kejutan buat aku pada malam ini...lawak pun ada... diorang ingat aku ni artis ke nak temuramah bagai.. minta maaf la banyak2..

Kalau la diorang tu terrrbaca blog aku ni, minta maaf banyak2 la yer.. korang dah buat aku terkejut ber0x.. siap kerumun dengan kamera.. tulah yang aku cabut lari..!!

Sekian, Wallahu A'lam...

0 Comments