Kuala Lumpur Lengang

Syukurlah, sebahagian masyarakat kita sudah ada kesedaran untuk mengambil langkah berjaga-jaga daripada terdedah atau terkena wabak penyakit #covid19 yang super pantas merebak.

Kalau posting sebelum ini (part 1) saya katakan, masih ramai yang tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Itu ada benarnya juga, berdasarkan pengamatan saya.

Walaupun gambar di atas menunjukkan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur seperti telah dikosongkan, tetapi sebenarnya di tempat lain tidak seperti yang digambarkan.

Masih ada pihak yang mengadakan perhimpunan di tempat awam, contohnya seperti pesta Masimagam Theppa Thiruvizha, di Teluk Bahang, Penang - https://www.thestar.com.my/…/thousands-of-lighted-floats-re…

Kalau sebelum ini, ramai yang triggered dan marah dengan perhimpunan atau Ijtimak Tabligh yang diadakan di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari lalu.

Ramai juga yang marah kepada jemaah tabligh, sehingga mendakwa wabak itu berpunca daripada mereka.

Tetapi, pesta atau upacara keagamaan lain masih bebas dilakukan tanpa ada apa2 sekatan atau bantahan yang dibuat ke atas mereka yang menghadirinya.

Takpelah, dalam hal ini, saya hanya sekadar memerhati dan hanya meluahkan atau memberikan pandangan peribadi sahaja.

Bumi di akhir usia memang banyak benda pelik yang akan berlaku. Benda buruk disanjung tinggi, manakala benda yang baik pula dipandang hina. 

Allahu 🤦🏻‍♂️😥

0 Comments