Ramai yang masih tidak faham bagaimanakah caranya untuk menguruskan harta simati selepas berlaku kematiannya. Ada yang langsung tidak cakna dengannya, mungkin harta peninggalan simati tidak banyak, maka inilah yang akan menyebabkan berlakunya perebutan harta di kalangan ahli keluarga.

Tak kira harta simati sedikit atau banyak, tetap wajib diurus dan dibahagikan mengikut kaedah islam.


Di sini saya ingin berkongsi sedikit penerangan ringkas tentang pengurusan harta selepas kematian mengikut tertibnya:-

1. URUSAN PENGEBUMIAN
Semua kos perbelanjaan dari awal kematiannya sehingga selesai pengebumian adalah daripada wang simati. Kecuali jika simati mempunyai tabungan khairat kematian, maka badan khairat itulah yang akan menanggung kos keseluruhannya.


2. MENYELESAIKAN HUTANG PIUTANG
Waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua hutang piutang simati.

• Hutang dengan Allah:
- Haji (Badal Haji)
- Fidyah Puasa
- Zakat
- Nazar
• Hutang dengan Manusia
- Hutang peribadi
- Hutang dengan Bank


3. DOKUMENTASI HARTA PUSAKA
Harta peninggalan simati yang telah didokumenkan / didaftarkan kepada mana-mana badan berkanun seperti:

- Wasiat
- Hibah
- Wakaf
- Harta Sepencarian


4. PEMBAHAGIAN FARAID
Setelah selesai 3 urusan di atas, jika ada baki harta simati, maka hendaklah dibahagikan kepada semua ahli waris mengikut Pembahagian Faraid.


Semua urusan diatas mestilah dilakukan dengan tertib. Maka barulah sempurnanya segala urusan pembahagian harta simati mengikut syariat islam. Dengan mengikuti kaedah sedemikian, dapatlah kita elakkan berlakunya perebutan harta di kalangan ahli keluarga dan sanak saudara. So, buatlah perancangan harta sebelum mati.


MOGA BERMANFAAT


Ust. Mohd Amirul bin Kamarudin
EZ Pusaka EZ Wasiat

0 Comments